Wednesday, August 26, 2009

susahnya...

sukarnye nak memujuk hati bila terluka,
sakitnya masih terasa walaupun dah lama berlaku,
kesakitan yang tak pernah dirasa,
kesakitan yang pada asalnya, ingatkan hanya khayalan..
rupanya benar-benar terasa.
kenapa dia sanggup buat macam tu..
kenapa dia tak terus terang jer..
kenapa nak selindung lagi...
susahnya bila melibatkan hati dan perasaan...
susah lagi bila nk memahami hati dan perasaan orang lain...
rasa cam nak nangis jer...
tapi rasa tak bebaloi je nak menangis..
tapi bila mengingatkan harapan yang dah dibina,
macam rasa terkilan jer..
susahnya.....

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

ditulis oleh; Zaharuddin Abd Rahman
dipetik dari:(www.zaharuddin.net )

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sunday, August 23, 2009

SUKARNYA MEMAHAMI HATI SENDIRI

Hati mahu lupakan dia...
hati mahu lepaskan dia..
hati mahu lenyapkan memori bersama,
hati mahu padamkan cinta.

tapi,
hati enggan mendengar kata,
hati enggan melepaskan cinta,
hati enggan memadam memori,
walau hati parah terluka.

sakit bila terluka..dan dilukai..
pedihnya, rindu didustai..
pilunya, kasih separuh hati,
sedihnya, cinta dimata, bukan dijiwa.

merana jiwa, bila kasih lain yang dipuja,
siksa raga, bila rindu lain yang dinanti,
dia memberi bukan sepenuh hati,
dia menyintai bukan sepenuh raga,
dia menyayangi, bukan seikhlas hati,

tapi hati ini tetap begini,
hati ini tak mahu melupakan dia,
hati ini tak mahu membuang dia,
hati ini masih mahu bertahan,
hati ini masih mahu menagih kasih,
hati ini masih mahu menyintai,
hati ini masih mahu membeli jiwa.

walaupun semakin hari semakin sakit,
walau semakin hari semakin pedih,
walau semakin hari semakin luka,
walau semakin hari semakin tercarik,

sukarnya melayan kehendak hati,
sukarnya melayan kehendak jiwa,
sukarnya melayan kemahuan perasaan,
sukarnya melayan rasa cinta yang menyiksa.

akal waras kalah dek kehendak rasa,
akal waras mengalah bahana gelora jiwa,
akal waras tak mampu melawan kemahuan hati,
akal waras sering dilupakan demi melayan kehendak cinta.

kenapa ada insan yang tak mahu mengerti,
kenapa ada insan yang tak mahu menghargai,
kenapa ada insan yang tak menyedari.
kenapa ada insan yang memandang sepi,

sukarnya memahami hati sendiri,
susah lagi memahami hati orang lain,
sukarnya melayan perasaan sendiri,
susah lagi melayan perasaan orang lain.

sukarnya mengikut kehendak hati sendiri,
sukar lagi mengikut kehendak hati orang lain,
sukarnya melawan perasaan sendiri,
sukar lagi melayan perasaan orang lain.

hari ini, bertekad untuk berlalu pergi,
esok, pasti hati berubah lagi..
hari ini, hati mahu melupakan dia,
esok, hati kembali menganyam cinta.

hari ini, tak mahu mengingati dia lagi,
esok, dia juga yang dicari.
hari ini, ku mohon agar hati bisa tabah menghadapi,
esok, hati kembali mohon dicintai.

hari ini, semua kenangan mahu dilupakan,
esok, diari lama dibuka kembali.
hari ini, dibina tembok pemisah, kononnya utuh,
esok, dengan mudah tembok diruntuh...

sukarnya melawan perasaan ini sendiri,
kenapa dia tak mengerti,
kenapa dia tak memahami,
kenapa dia tak menyedari.

setiap hari, mencari kekuatan,
setiap hari, mencari kebenaran,
setiap hari, cuba melupakan,
setiap hari, cuba tetapkan hati.

tapi,
setiap hari juga dia kembali,
setiap hari dia datang mencari,
setiap hari dia menjengah,
setiap hari, dia seakan tak mahu pergi.

sering bertanya sendiri,
cinta siapa di dalam hatinya,
kasih siapa bertahta di sanubarinya,
wajah siapa di dalam mindanya,
milik siapa jiwanya..

Ya Allah,
berikan aku kekuatan,
berikan aku ketetapan hati,
berikan aku petunjukmu,
berikan aku jalan,

Ya Allah,
ku mohon ketenangan,
Andai dia bukan untukku,
hilangkan dia dari ingatan,
hilangkan rasa cinta ini,
hilangkan rasa kasih yang makin mendalam,
hilangkan rindu yang semakin mendendam,

hati tak mampu lagi bertahan,
hati tak mampu lagi memendam rasa,
hati tak mampu lagi menipu diri,
hati tak mahu selamanya begini.

biarlah hati ini tenang sendiri,
biarkan hati ini aman sendiri,
biarkan hati ini tiada penghuni,
biarkan hati ini begini seketika...

ku lepaskan dia pergi...
biarkan dia mencari cintanya,
lepaskan dia dari ikatan perasaan,
bebaskan dia dari penipuan...

semoga dia ketemu cintanya,
semoga dia ketemu idaman,
semoga dia ketemu apa yang hilang,
semoga dia ketemu apa yang dicarinya...
yang tiada dalam diri ini...
yang tak sempurna dalam diri ini..

Saturday, August 8, 2009

Andai ada yang bertanya...

Andai Anda Ditanya Begini Jawab Begini...
1. Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat pulak hari nie ye"

2.Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanyer: "Ko nak mandi ke ?"
Jawab:"Taklah aku nak pi main layang-layang kejap,ko nak join?"

3.Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:"Aik? Tulis surat nampak?"
Jawab: "Oh ye ke? Aku tak prasan ah... tangan aku bergerak sendiri"
Lepas tu jotos dia dgn jotosan yg berpower lagik brutal dan sambung "ah tu kan dia jln sendiri, aku tak tahu"

4.Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?"
Jawab: " Mater ko buter ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

5.Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balek dari keje?"
Jawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi kerjer lah nie... opis saya dah pindah kat rumah.. dan rumah saya dah pindah kat opis"

6.Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu lempang siket pipi dia.

7.Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:"Eh citer melayu ke?"
Jawab:"Bukanlah, nie kan citer Otromen Toro menentang Raksaser dari Planet X... kao tunggu jap nanti otromen kuar".

p/s..just suka-suka..ilangkan prob yg beserabut dalam kepala..

Friday, August 7, 2009


Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari.

Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah" Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat.

Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.

Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah.

Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari.

Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur... . dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe... Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps... . belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat.

Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur... ... . tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,

"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu... . Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,
"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali... .

" Whatttt ... 9 bulan 10 hari ... ..Beranaaak ... ... .Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk... !!!

Wednesday, August 5, 2009

Influenza A(H1N1) : Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
  1. Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
    Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  2. Berehat secukupnya.
  3. Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  4. Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
  5. Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

  1. Amalkan adab batuk yang baikPesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  2. Tingkatkan penjagaan kebersihan diriPesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
    Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
  • Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
  • Jangan kongsi peralatan peribadi. Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
  • Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
  • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
  • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
  • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
  • Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah


Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

  1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
  2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
  3. Sakit dada berterusan
  4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
  5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
  6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
  7. Rasa pening apabila berdiri
  8. Kurang kencing

Monday, August 3, 2009

Hikmah Sujud..

Solat merupakan tiang agama. Ia juga merupakan perkara pertama yg dihisab semasa kita kembali kepada Pencipta kita.

Ia wajib ditunaikan 5 kai sehari, bermula dari awal pagi iatu Subuh hinggalah hingga Lewat malam iaitu Isyak..

Lebih beruntung lagi bagi mereka yang rajin menunaikan solat-solat sunat.
Setiap suruhan Tuhan, pasti ada hikmah dan kebaikannya.
Begitu juga dengan setiap laranganya, pasti ada musibahnya jika tidak dituruti.


Setiap perlakuan di dalam solat itu juga ada makna, hikmah serta manfaatnya. Setiap hari, jika lengkap solatnya 5 waktu sehari semalam, umat Islam akan bersujud sebanyak 34 kali.




  • 4 kali pada waktu Subuh


  • 8 kali pada waktu Zuhur


  • 8 kali pada waktu Asar


  • 6 kali pada waktu Maghrib


  • 8 kali pada waktu Isyak


Betapa besarnya hikmah apabila kita melakukan rukun Solat yang satu ini.
Berikut ialah manfaat yang dijanjikan oleh Allah kepada meraka yang sujud kepadanya ketika bersolat.
  1. membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnye...
  2. membetulkan pundi peranakan yang jatuh..
  3. melegakan sakit hernia(burut)..
  4. mengurangkan sakit senggugut ketika haid..
  5. melegakan paru-paru daripada ketegangan..
  6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa..
  7. kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh..
  8. meringankan bahagian pelvis..
  9. memberi dorongan supaya mudah tidur..
  10. menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun sujud..
  11. pergerakan otot menjadi lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik..
  12. bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada..
  13. mengurangkan kegemukan..
  14. pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut..
  15. organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen..
  16. mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya...