Showing posts with label Corat-coret Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Corat-coret Hidupku. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Akhirnya

setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya hati kembali terbuka untuk menyelak kembali laman ini.

hari ini, diri terasa amat bertuah kerana diberikan inspirasi dan kekuatan.
inspirasi yang datang daripada kejayaan orang lain.
kesungguhan dan kerja kerasnya meniupkan semangat baru dalam diri.
membuka laman hidup yang bukan baru, tetapi lebih bermakna.
bermakna bukan hanya pada diri sendiri, keluarga dan mereka yang terhampir,
tetapi juga berguna kepada semua makhluk Tuhan di atas muka bumi ini,
InsyaAllah, dengan kekuatan dan kelebihan kurniaan Tuhan

Tuesday, March 16, 2010

SEMACAM JEE...


Hari ni rasa semacam je..ntah kenapa..
tiba-tiba datang semangat baru..semangat yang lain dari biasa..
keazaman ni memang selalu dah datang , tapi kali ni lain macam skit.
harap-harap, kali ni, berkekalan.

tiba-tiba terasa yang tak berbaloi menangisi sesuatu yang dah hilang
menangisi seseorang yang tak menghargai pemberian kita
menangisi peristiwa yang tidak mendatangkan faedah
menangisi takdir yang tentu ada hikmahnya, cuma belum sampai masa untuk dinikmati.

biarlah hari semalam menjadi hari terakhir semua tu terjadi.
dan harapnya, jiwa ini akan terus kental untuk menghadapi setiap detik yang mendatang.
harapnya, diri ini akan terus redha dengan qada dan qadar yang ditentukan Allah.

nak melupakan memang susah kerana ia sudahpun terpahat dalam hidup
ia menjadi sejarah hidup yang tak mampu terpadam
ia telah terpahat sebagai satu pengalaman yang mengajar erti kehidupan.

ia boleh diingat supaya ia menjadi teladan
ia boleh dikenang supaya ia menjadi pedoman
ia akan menjadi satu pengajaran dalam hidup yang amat beerti
yang pasti ia takkan dikesali sama sekali
ia adalah sejarah hidup yang amat bermakna dalam hidup

Sunday, March 7, 2010

MISI UNTUK HARI INI!!!

misi yg pertama dah selesai iaitu sidai kain.
misi yang kedua plak tanam sayur kt Farmville..juga dah selesai.
now, misi yang ketiga iaitu tinggalkan dunia siber ni untuk seketika.
sebab, perlu ke misi yang ke empat, iaitu untuk jahit baju..

go!go!go! chaiyuk!chaiyuk....
InsyaAllah, semuanya akan settle dalam list misi untuk hari ini.

Tuesday, March 2, 2010

TEMPOH BERKABUNG HAMPIR KE PENGHUJUNG

dah lama tak menulis dalam ni. arini tiba2 tergerak hati nak mencoret sesuatu.
banyak yang tersimpan dalam hati. tapi ada masa tak mampu nak luahkan.
akhirnya, semua tu terkubur begitu sahaja.
banyak juga yang terlintas difikiran. mahu lakukan itu dan ini, tapi, ada masa ianya tak sesuai.
seperti biasa, ia juga akhirnya berkubur begitu sahaja.

hari ni, budak2 dah mula ujian. ujian pertama untuk tahun 2010.
belajar baru je sampai topik yang kedua. harap2 budak2 boleh jawab.
dah sehabis daya dan sehabis baik, aku cuba ajar. tapi, kalau budak2 tak boleh jawab,
nak cakap ape lagi.

memang lah, tentunya kelemahannya ada pada aku sendiri. ada masa aku terkejar2 untuk mengajar sesuatu kemahiran.
ada masa pula, persediaan untuk masuk ke kelas tidaklah begitu lengkap.
akhirnya budak2 juga yang menjadi mangsa.
tapi, Alhamdulillah, boleh cover semula.

untuk akhirnya, buat ahri ini setelah lama tidak melayan "perasan"..bukan layan perasaan..
harap2 my student boleh jawab soalan2 ujian kali ni.

Monday, January 4, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH

Alhamdulillah...akhirnya aku kembali ke sekolah setelah letih dan burink bercuti..bukan lagi takat sakan...dah naik gile jadinye...hehehehe

banyak pengalaman baru, sbb ni 1st time jadi guru kelas..jah 6 lak tuh..adoyai. kalau yepun nak bagi aku jadi guru kelas, bagi ler yg kelas bawah2 ni dlu..tapi takpelah, dah orang bagi, tanggungjawab tetap akan ditunaikan dengan sebaik mungkin. InsyaAllah, selagi ada daya dan tenaga.

1st period, semua guru kelas perlu masuk kelas untuk pengurusan kelas. fuh! tak pernah2 wat camtu..w/pun tahun ni dah masuk tahun ke-7 jadi cekgu..ni ler, pengalaman paling ntah ape2 sbb aku mmg lost and blank time masuk kelas tuh..tpi, sbb kontrol ayu punyer pasal, layanz je ler..mujurlah budak2 kelas tu ok jer..

1st, bagi jadual pada budak2. sbb cikgu ni baik hati, siap photostat dah..takyah ler nak salin lagi cam dulu2...amik mase dan buang tenaga..semunya utk kemudahan murid2 kesayangan.

pastu, wat undian untuk perlantikan ketua dan penolong ketua kelas. mujurlah ade budak yang bole harap..Alhamdulillah..selesai satu perkara hari ni.

esok dan hari seterusnya, nak kena uruskan hal kutipan yuran lak..arap2 takdela parent yang liat nak bayar. semua tu untuk kemudahan anak2 diorg juga. semoga semua mak ayah kat M'sia ni faham ler...

sekian, untuk hari pertama kembali ke sekolah...
mood untuk hari ni...layanz...semua ok..:D

Sunday, December 20, 2009

MISI MENGHABISKAN DUIT...

"YEAR END SALES" datang lagi. "YES" "YES" "YES"...
nilah time yang golongan pompuan paling nanti2 kan dan paling suka...
tapi bagi kaum adam lak..inilah saat2 paling genting dalam hidup dalam satu tahun.
kenapa? time nilah fulus akan kuar cam air hujan atau air terjun..bagi kaum adam yang bergelar suami la..yang bujang taklah kot.

bagi me lak kaum hawa yang bujang ni...memang saat2 ni la yang ditunggu-tunggu, tapi dalam masa yang sama takut pun ada. ditunggu sebab harga barang memang murah gila.."prize cut" tu adakala hingga cecah ke "70-80%"...
tapi yang takot nyer plak...takot over shopping..lebih dari budget...nazak tuh, kalau jadi camtuh...

dah dua hari kuar untuk memenuhi misi mengabiskan duit ni.
Jumaat ( 18/12/2009), pi 1utama dgn my sis n my future SIL...letey gak bejalan, tapi satu ape pun tak dapat. perut ajelah yang tak abis2 menyanyi minta diisi.misi sebenar, nak cari handbag, dan kasut tok dipakai sesi kerja taun depan(2010)..

mula2 pi, Jusco, jalan2, sambil cuci2 mata, sambil jeling sana sini. tapi.....*-*...
fening ahe yang dapat,. dah la ramai orang, nak bejalan pun susah gile. pastu pi Parkson...
ade satu handbag yang berkenan tapi, color lak tak menepati citarasa..color putih...cari nahas tuh..nak pi skola bawak h/bag warna putih. confirm, hari pertama tu dah penuh dgn kesan calar pen pelbagai warna, merah, biru, hitam...macam2 ada...

lastnyer, balik dengan tangan kosong. dan dengan perut juga kosong. w/pun sbenarnya dah isi perut dgn kenny roggers nyer ayam...tapi dah pusing2 byk sgt..lapar le smula..

semalam lak(19/12/2009)..pi Parkson kt Selayang Mall...pi pkul 10.30..balik umah kol 3.30 pm...duh, memang memcabar tol idup...berapa fulus yang abis???? more than RM200...

ape yang aku beli???
1) kasut voir. 2 pasang tapi murah jer..1st tu RM17.++ yang 2nd, RM20.++ je..
2) comforter color ijau. RM99. dpt free satu pillow...
3) seluar sukan . 2 helai dgn harga RM10 sehelai
4) yang ni susah skit nk citer,,,tapi utk yg ni saje...RM60.++ dihabiskan...

tu je...yg dibeli...tu je????? banyak la jugak tu...tapi still in budget la... :)

Thursday, December 17, 2009

BARULAH REAL JADI ORANG KL...:)

semalam pi KL..pi Chow Kit..antara kawasan yang paling padat orangnya di KL. letey beb nk berjalan. dengan kedai yang rapat, orang yg sikit nyer ramai,.. tapi yang best, macam2 orang bole jumpe kat situ..macam2 spesis...

orang cakap, kalau dok kt KL ni, kalau tak pi meronda atau cuci mata kt Chow Kit tu, cam belum khatam lagi laa... sebelum ni dah pernah pi gak la area citu...tapi just pass by jer... semalam, baru le betul2 round itu Chow Kit..

Bukan ler saja2 nak round sambil cuci mata...sebenarnya pi temankan my pren pi cari barang/keperluan untuk kenduri kawen die... bestnyer tengok my pren sebok dok wat preparation tok majlis kawen die..gumbira jer.. bila la aku plak bole lalui saat2 camtu ek????????
insyaAllah, akan tibe jugak nnti... don' give up to keep try the best....to find the best..and keep pray..when u meet him...u'ii never feel useless...

ape aku tulis ni daaaaa...

Monday, December 14, 2009

APA NAK BUAT HARI NI???

hari ni nak menambah hutang lagi...huhuhu...
janji dengan orang bank tu nak jumpe pkul 4.30...
awat lambat sangat..nak pi ofis die, taktau la plak katne...
takpela, petang pun petang la...tengah hari ni, bole wat keja lain...

wat loan utk ape? macam2 ada...hehehe...
nak ubai suai umah,
nak bayar utang..utang dgn my bro, dgn my sis..
nila yang dipanggil gali lubang, tutup lubang,,
adoi..nak wat camne..ikutkan kehendak..
jadik camni ler..

hari-hari kerja..tiap2 bulan dapat gaji..
gaji pun okay la gak..tapi dok kt bandar ni banyak cabaran..
kerja, dapat gaji..bayar hutang,,..
pusing-pusing..itu ajelah rutinnya...

Wednesday, September 9, 2009

GENAP SETAHUN

090909.....
tarikh keramat...tarikh yg ditunggu-tunggu...
arini genap setahun kenal 'dia'..
perasaan bercampur-baur...
ada gembira tapi ada tak berapa gembira...
tak tau la dia ingat ke tidak...
arap2 dia ingat la..

Sunday, July 12, 2009

BOSANNYA...

Bosannya hari ni...
taktau nak buat apa...
nak tidur dah tak larat
nak menjahit..malas la pulak..
mengadap laptop ni pun, dah penat..
nak buat apa yer...???

merepek kat sini aje lah kerja nya..
pe lagi,
tu je yang bole buat,
harap-harap takde la merepek sangat
hehehehehe.....

nak keluar,
tapi takde kawan,
kalau keluar pun
nak pergi mana??
nak buat apa?
buat habis duit ada la...

kesudahan ceritanya,
duduk kat rumah ajala,
duduk diam-diam,
membesarkan badan,
meluruskan badan,
menyihatkan badan..
menjamu mata..
menjamu telinga

apa semua tuh??
membesarkan badan,
dengan makan aje kerjanya,
meluruskan badan,
dengan baring je la..apa lagi
menyihatkan badan...
tidur ler.....
menjamu mata,
tengok macam-macam benda dalam internet ni
menjamu telinga..
dengar radio yang kadang-kadang..ntah apa2 lagu nya..

bosannya.....!!!!!
nak buat apa ni...
tolon..tolon...tolon

Saturday, December 13, 2008

nak masuk tahun baru dah ni, mesti kena setkan azam baru..dah ade ke?..aku? cam biasaler..foward jer azam tahun lepas..yangg tak kesampaian..hehehe

apa azam tuh??!!hehehe

awal tahun 2008, aku dah setkan 3 azam..

1) nak sambung belajar

2) nak beli umah

3) nak.....kawen lor..umur dah meningkat ni, nak ler berkeluarga..huhuhu



ketiga-tiga azam ni sebenarnya di 'forward'kan dari tahun lepas lagi, tahun 2007..

tahun lepas bukan tak boleh nak sambung belajar tapi masa tu belum confirm dalam jawatan, so tak boleh la nak sambung..orangg kerja kerajaan biasa la, kena tunggu sah jawatan lah, kena tggu kebenaran majikan la..macam2..nasib badan la..tapi yg penting keje krajaan ni terjamin, tak yah pikir nak kene buang ke, nak trun gaji ke..bonus pun, ok la..padan la dgn keje yg dibuat..

dah apply OUM tapi sekarang ni, OUM dh takde kerjasama dgn MOE lagi dh..so kene tggu la peluang smbg blaja yg MOE anjurkan..

tahun 2008 ni, satu je azam yang tercapai iaitu, beli umah..

pikir punya pikir, taktau duit tu nak buat ape, so beli la umah..dari dibazirkan camtu jer..kalau simpan kt bank jer pun, slalu juge dikorek..

tapi bile dh beli umah ni semputla skit..hehehe..tak bleh dh nak shopping sakan, semuanye kena catu..nak makan kena catu, nak beli baju kena catu, belanja ari2 pun same..kalau dulu time lunch, boleh minum oren ke sirap ke, tpi skrang ni, minum sky juice jer..huhuhu.

tiap-tiap bulan bayar Rm900..memang la poket slalu kosong jer. siap kena puasa shopping lagi..kalau dipikir2 la, nak disiplinkan diri utk menyimpan RM900 sebulan tu bukan senang..mungkin la bulan pertama, kedua, ke3 je bleh, pastu dh lupe nk nyimpan..lagi naya klau bulan ni simpan, bulan depan korek..smpai ujung tahun habuk pun tarak..tapi bile beli umah ni, kena byr tiap2 bln..kalau tak bayar bank anta surat, interest pun naik..so nak tak nak kena bayar jgak..dan hasil pun nampak..bangga pun ade bila bleh tiggal kt umah sndiri, apatah lagi kalau mak ayah dan familiy datang..

azam nak smbg belaja tuh tak tercapai lagi..sebab? banyak sebabnye. antaranye, kewangan cam tak berapa nak stabil sejak beli rumah ni..setakat nak belanja untuk diri sendiri bulan-bulan tu boleh la lagi, tapi kalau nak buat benda lain tu, maybe tak berapa nak cukup dah kot...tapi bulan 9 arituh dh try apply, tapi rezeki blum ade kot, tak dapat..orang lain yang tak semangat sangat nak pulak yang dapat..nak buat camne..takper la, lain kali laa..InsyaAllah, ade rezeki lepas ni..

azam yang terakhir..azam ni yang paling susah nak di realisasikan..sebab kena ada kerjasama dari pihak lain...hehehe...azam untuk berkeluarga..
calonnya dah ade, tapi tak tau la bile nak bersatunye..kenal pun baru 4 bulan, tapi setakat ni cam ok jer..arap-arap ade perkembangan yang positif laaa..InsyaAllah...

takde kerja...

kenapa buat blog nih?



saja..sebab tengah borink sangat-sangat..sekarang nih time cuti..cuti panjang plak tuh..biasala warga pendidik..

dok umah sorang-sorang, nak borak tak de kawan, nak tengok tv, takde citer best, so dengar jela radio, sambil ngarut kat blog nih..saje nak share ape yang dibuat sehari-hari sepanjang idup kat dunia yang sementara nih..kalau2 ia boleh memberikan manfaat atau faedah pada diri sendiri, orang lain atau yang bukan orang jugak..hehehe..merapu la plak..

time2 borink, bleh la bace balik..atau dah tue2 nanti kotnye bleh bace smule..bleh la ingat kenangan@memori yang indah, atau pun x indah..

kenapa tak balik kampung?..

sekarang ni musim ujan..tak bleh balik lame sangat..takot kampung tuh banjir nanti..tak pasal-pasal masuk tv3 ke tv1 ke apa2 tv la jadi salah orang mangsa banjir yang dipindahkan..hehehe..glamor sangat jadinyer nanti..so balik la dok kt kl nih sorang2..

kalau borink dok umah p la kuar, pi cuci2 mate..bukan tengok orang..tak baik dosa..p window shopping laa..p tengok jer..poket tak cukup tebal nak beli..simpan angan2 jer..aim mane yang nak di beli bile dh jadi orang kaye nanti..erm!InsyaAllah..doa2 cam tu ler..