Showing posts with label Bila Hati Kecil Berbicara. Show all posts
Showing posts with label Bila Hati Kecil Berbicara. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Senyum...Smile

senyum...kata orang satu sedekah...
kenapa?
kerana senyuman itu membawa berjuta rasa yang indah..
kerana senyuman itu memberi beribu harapan,
kerana senyuman itu melahirkan bermacam impian,
kerana senyuman itu menghangatkan kebekuan,

benar kata orang,
dengan senyuman, kita boleh jatuh cinta,
dengan senyuman, benci menjadi sayang,
dengan senyuman, dengki menjadi kasih,
dengan senyuman, lawan menjadi kawan...
dengan senyuman, duka menjadi suka,
dengan senyuman, air mata menjadi mutiara,
dengan senyuman, pahit menjadi gula,
dengan senyuman, suram menjadi cerah,
dengan senyuman, keruh menjadi jernih..


seperti berjuta insan lain,
kerana satu senyuman ini,
yang manis dan indah,
umpama sinar dan kehangatan,
hidup menjadi bermakna,
hidup kembali bersemangat,
hidup kembali ceria.

kerana senyumannya,
mimpi menjadi cita-cita,
angan bertukar harapan,
asa berubah ghairah,
lesu menjadi ceria.

semoga senyuman itu sentiasa terukir,
memberi sinar dan harapan,
membawa kebahagiaan dan kegembiraan,
menjadi motivasi dan galakan...



credit untuk sumber gambar: hyunjoong.henecia

Monday, March 15, 2010

TERUS SENDIRI..


Ya Allah,
bila semua ini akan berakhir...
Bila kerinduan ini akan surut
Bila mampu ku berhenti menyebut namanya
Bila akan pudar semua memori dari ingatan
Bila segenap rasa ini akan beransur hilang
Bila luka di jiwa akan kering
Bila rawan di hati akan kembali afiat
Bila gelora rasa akan kembali reda

Semuanya takkan jadi seperti dulu lagi,
Semuanya takkan sama sebelum dia hadir,
Semuanya takkan kembali ke asalnya
semuanya memberi parut yang dalam,
Semuanya takkan berulang lagi...

Berkali ku berjanji pada diri,
Berhentilah menangisi pemergiannya
Berhentilah bersedih atas keterlanjuran dia
Berhentilah berharap agar dia kembali lagi
Berhentilah mengenangnya lagi,
berhentilah mengait rindu lagi
Berhentilah menganyam angan untuk bersama lagi

Berkali ku pujuk hati
Tabahlah hadapi semua ini
Tegarlah berdiri walau dia tiada di sisi
Kuatlah menepis bisikan rindu ini
Taguhlah menangkis angan yang kembali
Sabarlah menunggu hari dinanti
Bila semua ini akan berlalu jua

Berkali ku yakinkah diri
Dia bukan untukku lagi
Dia tak mampu ku miliki
Dia telah pergi dari sisi
Dia telah mungkir pada janji
Dia telah dimilik insan lain
Dia telah bahagia dengan hidupnya
Dia telah lupa akan diri ini

Aku yakin, aku mampu berdiri
Tapi biarlah masa terus meniti
Biarlah semua ini beransur pergi
Biarlah hati akan terpujuk sendiri
Biarlah aku terus sendiri
Biarlah aku terus di sini
Kerana dia tetap akan pergi
Kerana dia tetap takkan kembali
Kerana dia takkan ku miliki
kerana dia telah menjadi memori

Sunday, March 14, 2010

ADA MASA...


Ada masa, sedih di hati diturutkan juga..
Ada masa sakit di hati diikutkan juga,
Ada masa pedih di hati, tak mampu ditahan
Ada masa air mata ini mengalir lagi
Ada masa mahu saja diturutkan kehendak hati
Ada masa mahu saja ku laungkan semuanya
Ada masa ku ingin dia di depan mata
Ada masa ku mahu dia berada di sisi
Ada masa ku teringin menyebut namanya
Ada masa ku mahu dia mengingatiku
Ada masa rindu ini membentak jiwa
Ada masa cinta ini menyiksa raga
Ada masa kasih ini melemahkan jiwa
Ada masa kenangan lama menghantui raga
Ada masa ku ingin dia kembali
Ada masa ku mahu dia seperti dulu
Ada masa terbit rasa benci
Ada masa terbit rasa sakit di hati
Tapi yang nyata,..
air mata ini tak mampu kering lagi..
Entah bila, tak tau masanya..
Entah bila kunjung ketikanya...

Tuesday, March 2, 2010

MERAWAT HARI SENDIRI

terbakar rumah nampak asapnya..
terbakar hati siapa yang tahu..

luka di tangan nampak darahnya..
luka di hati, tak tahu parahnya..

sakit di mata, nampak bengkaknya..
sakit di hati, bagaimana rupanya..

tercalar tangan, nampak garisnya..
tercalar hati, siapa pun tak tahu..

tercarik baju, nampak koyaknya..
tercarik hati, entah di mana rabaknya..

tersadung kaki, jatuhnya ke tanah..
tersadung hati, merana jiwanya..

patah dahan, kembali tunasnya..
patah hati,bertunaskah lagi..

retak di pinggan jelas rupanya..
retak di hati, sakit terasa, tak sedar adanya..

merawat luka di jari, tau ubatnya..
merawat luka di hati, entah apa ubatnya..

demam dan sakit tahu kebahnya..
lara di hati, entah bila surutnya..

Sunday, December 27, 2009

INILAH HIDUP..

macam-macam yang kita lalui dalam hidup..ada indah, ada tak indah..ada sedih ada gembira..ada sakit..ada nikmat..
semuanya wajib disyukuri kerana setaip sesuatu yang terjadi tentu ada sebab musabab yang tersendiri
setiap yang berlaku tentu ada hikmah yang tersembunyi..

aku kehilangan dia..hampir tiga bulan, ia berlalu...
dalam melayan kesedihan, aku berjumpa lupa dengan seseorang yang juga pernah mencuri sesuatu dariku..
walaupun tak mengharapkan apa-apa, tapi, sedikit kegembiraan terbit dalam hati..
dia dah berjaya dalam hidup. dan tentunya berbaloi untuk dia.

bila mengingat semula kenangan-kenangan dulu, terubat sikit sakit hati ni.
tapi, ada masa imbasan wajah dia datang juga..
apakan daya..tempat jatuh lagi dikenang,..inikah pula, dia...yang pernah bertahta dalam hati..

banyak perkara yang boleh kita sorokkan dalam hati..kita simpan hingga tak siapa mampu membacanya. dan akhirnya kita sendiri lupa apa yang kita sorokkan itu.
tapi, ada juga perkara yang walau jauh ke lubuk hati sekalipun kita simpan, masih ada yang mampu membacanya..
lalu ia sering dipersoalkan, ia sering dirisik khabarnya...
lalu, ia sukar dilenyapkan dari alam nyata ini...

namun, harapnya..semuanya akan mampu berlalu..
seperti mana berlalunya malam dan berganti siang..
seperti berputarnya bumi..hingga bulan berganti matahari..

Sunday, December 20, 2009

BILA TERASA RINDU...

Kadang-kadang ingatan pada dia datang juga. nak-nak bila dok sorang2 kat rumah. bila ada orang lain, takdelah ingat sangat. yelah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula orang yang dulu pernah ada dalam hati. w/pun tak lama dengan dia, hanya setahun, tapi, bagi orang yang cam aku, yang susah nak percaya pada orang ni, dia memang bagi kesan yang "dalam" dalam hidup aku.

Dulu, walaupun tak selalu jumpa, tapi dia selalu ada dalam hati. dan bila ingat atau rindu pada dia, sms atau emel jadi penghubung. cukuplah dapat tau die tengah buat apa atau cukuplah dapat tau yang dia sihat2 jer. cukuplah aku tau, yang dia takde orang lain.

Bila sekali sekala jumpa, rasa cam seronok sangat2. rasa cam dunia ini "ana yang punya". rasa cam taknak balik rumah jer. yelah, sebulan sekali nak jumpa pun susah. bukan aku taknak jumpa pun, tapi ada masanya, keadaan camtu lebih baik. dan aku pun malas nak paksa memaksa orang. hidup dengan memegang status cam die, maybe lebih baik camtu.

Dan, w/pun dulu dia takde la rajin sgt nak balas sms, tpi ade la jgak satu atau 2 sms yg die balas. bila dia balas, terubat la jugak rindu. dan yang pasti mampu buat aku tersenyum sepanjang hari. sebab mase tu, sekurang-kurangnya, aku tau yang die still ingat dan still with me..

Tapi sekarang, semua tu dah tak mungkin jadi lagi. memang nak sangat wat camtu..sekurang-kurangnya, hanya untuk bertanya khabar. ade masa, gatal je tangan nak dail no.hp dia..tapi pastinya mustahil, sebab dia dah jadi milik orang lain, secara sahnya. dan tak mungkin untuk aku ganggu kebahagiaan die sekeluarga. dan aku takkan jadi orang yang merosakkan semua kegembiraan yang dah dia miliki.

Bila teringat pada dia, semua kenangan dengan dia dulu terbayang. w/pun tak banyak yang dilalui bersama, tapi semua tu manis jer..memang tak pernah ada yang menyakitkan masa dengan dia dulu. mungkin sebab itulah, takde timbul rasa sakit hati pada dia, w/pun dia dah pergi. mungkin sebab itu juga, takde perasaan dendam pada dia.

Tapi, kalau boleh, memang taknak ingat lagi pada dia. sebab cam timbul rasa bersalah jer. yelah, tak baikkan ingat pada dia yang memang takkan jadi milik aku lagi. kalau boleh, taknak lagi fikir pasal dia, tapi ada masa semua tu tetap akan datang semula. w/pun kadang2 tak banyak, tapi tetap teringat dan terfikir pasal dia.

Mungkin sebab. semua tu dah jadi kebiasaan. kebiasaan mase dengan dia dulu. kebiasaan yang susah nak dikikis. ada masa, terfikir juga, dia dah balik kerja ke, dia dah selamat sampai ke rumah ke..macam2 yang ada dalam kepala. tapi semua tu just dalam kepada dan dalam hati. dan itulah yang lebih menyakitkan....

Memang, kata orang, hanya masa yang akan mampu mengubah semua kebiasaan tu. masa je yang bole membuatkan aku lupa pada dia. masa aje yang mampu merawat semua sakit yang ada dalam hati. dan tentunya, aku harap sangat masa akan datang dan berlalu dengan cepat sekali. nak2 dalam keadaan sekarang, ketika ini.

Tapi, ada juga kemungkinan, semua tu tak mungkin hilang. kalau hati sendiri tak mahu semua tu pergi. kalau aku terus fikir dan ingat pada dia. kalau masih ada sisa harapan dalam hati. tapi, aku terus cuba untuk relakan dia pergi. aku terus cuba untuk ikhlaskan diri. biarlah dia bahagia, biarlah dia gembira. kerana dia berhak untuk itu. selepas dah macam2 dugaan yang dia hadapi sebelum ni. kalau memang itu yang dia cari, biarlah dia terus macam tu.

Kita hanya manusia biasa, yang hidup atas kudrat dan iradat Allah SWT. setiap yang tersurat pada hari ini, tentunya ada yang tersirat terkandung di sebaliknya. doa sentiasa mengiringi dia. semoga dia terus bahagia bersama keluarga. semoga dia takkan kembali mencari aku, suatu hari nanti dan membawa perkhabaran yang tak mahu ku dengar...

Tuesday, December 15, 2009

Perjalananku...

Ya Allah..
Perjalanan ini masih panjang
Perjalanan ini banyak ranjau dan duri
Perjalanan ini berliku-liku
Perjalanan ini berombak gelora
Perjalanan ini kelam dan kusam

Ya Allah,
Aku memohon petunjuk dan pedomanMu
Aku memohon cahayaMu,
Aku memohon kasih dan cintaMu
Aku memohon belas dan ihsanMu,

Ya Allah,
Sinarilah malam-malamku,
Cerahkanlah hari-hariku,
Lapangkanlah jalanku dan laluanku,
Hangatkanlah kedinginan hatiku
Lembutkanlah keras hatiku,
Cairkanlah beku dan kaku jiwaku
Jernihkanlah kusam dan kelam hidupku.

Ya Rabb,
Dosaku tak terkira ibarat hujan yang turun,
Silapku tak terhitung seperti pasir dipantai
Alpaku padaMU tak terbalas dengan sujudku
Lalainya aku tak terbayar dengan zikir dan tahmidku

Ya Rabb,
Bukakanlah untukku
Pintu-pintu rahmat dan keredhaan
Pintu-pintu kasih saying dan cinta sejati
Pintu-pintu kebahagiaan dan kesejahteraan
Pintu-pintu rezeki dan nikmat.

Ya Rabb,
Andai aku alpa dan lalai lagi
Berikanlah aku peringatan dan amaran
Agar aku sentiasa ingat kepadaMU
Agar aku terus bersyukur kepadaMU
Aku terus bersandar kepada kuasaMU
Agar aku terus bergantung dengan kudratMu
Agar aku terus bergayut kepada ketentuanMU
Agar aku terus sujud di kakiMU

Sunday, December 13, 2009

IA DATANG LAGI..



Ia datang lagi,..
sudah berkali-kali, akhir-akhir ini,
adakala air mata mengalir juga,
naluri insani, tiada siapa boleh menafikan,
akhirnya perasaan dilayan juga.

ia datang lagi,
tapi serasanya, makin surut,
serasa ia makin ke pelabuhan,
daratan hampir sudah kelihatan,
ia menghampiri ke akhir garisan.

ia datang lagi,
tapi kali ini, ringan rasanya,
tidak seberat dulu,
tidak sepedih dulu,
ketika mula ia menjengah,
ketika awal perginya dia,
ketika berhaknya dia kepada insan lain.

iya, kerinduan itu datang lagi,
kerinduan ku kepada dia,
mengiringi ingatan dan kenangan,
bersama harapan dan impian,
bergulit dengan anganan,
bergaul dengan perasaan.

iya..kerinduan itu datang lagi,
seperti dulu, ketika dia jauh di mata,
ketika dia diam seribu bahasa,
ketika dia entah kemana,
ketika dia menghilang,
ketika dia di dalam dunianya sahaja.

tapi, dulu,
kerinduan itu terubat juga,
bila 4 mata bertentangan,
keriduan itu bertemu penawar,
bila jalan bergandingan,
kerinduan itu surut jua,
bila senyuman ada balasan,
kerinduan itu lepas pergi,
bila terjadinya pertemuan.

tapi, kini,
kerinduan ini pastinya perlu surut sendiri,
bersama pedihnya hati,
kerinduan ini, tiada pengubatnya,
hanya dipujuk dengan kesabaran.
kerinduan ini akan berlalu tanpa penawar,
hanya ingatan sebagai sandaran,
kerinduan ini hanya berlagu di hati sendiri,
menagih sendu di lubuk hati.
kerinduan ini akan pergi tanpa pertemuan lagi,
hanya doa ku iringi perpisahan.

yang pasti,
kerinduan ini beralih arah,
kepadaNYA ku persembah,
kerinduan ini kembali kepada yang hak,
kepadaNYA yang pasti Maha Pemurah,
kerinduan ini pasti susut tak pernah,
walau saban hari ku sujud memohon hidayah.
kerinduan yang pasti abadi,
hingga jasad bersemadi.

ia datang lagi,
tapi, dengan kasihNYA,
ku gagahi untuk terus berdiri,
dengan nurNYA,
ku kuatkan hati terus tersenyum,
dengan nikmatNYA,
ku tabah melayari kehidupan,
dengan janji-janjiNYa,
ku yakini ada kebahagiaan,
dengan kuasaNYA,
ku yakini ada kerahmatan.

semuanya akan ku tempuhi,
bersama berlalunya kerinduan ku ini,
kepada dia yang dulu.
semuanya akan ku hadapi,
bersama larutnya kerinduan ku ini,
kepadaNYA yang satu.

hidup perlu terus dilayari,
dengan senyuman,
dengan keyakinan,
dengan keikhlasan,
dengan berkobaran,
walau seribu kali pun ia datang lagi...

Thursday, December 10, 2009

Bila Harus Memilih..



Bila sampai masanya,
Satu pilihan perlu dilakukan,
Di antara dua persimpangan,
Baik atau buruk impak atas pilihan itu,
Perlu sedia dan tabah menghadapinya,
Kerana pilihan itu tetap perlu dilakukan.

Bila sampai masanya,
Dia tetap perlu dilepaskan,
Dia tetap akan pergi juga,
Kerana telah tercatat,
Kerana telah tersurat,
Bahawa dia bukan untukku,
Bahawa dia tercipta bukan buatku.

Bila sampai masanya,
Kerinduan ini akan berlalu juga,
Kesakitan ini akan surut jua,
Kepedihan ini akan manis akhirnya,
Kekecewaan ini akan bertukar bahagia,
Kedukaan ini akan meninggalkan aku jua.

Bila sampai masanya,
Hati ini akan merelakan,
Hati ini terpujuk jua,
Hati ini akan berhenti menangis,
Hati ini akan berhenti mengharap lagi,
Hati ini akan redha dengan ketentuan,
Hati ini akan ikhlas dengan janjiNya.

Inilah masanya,
Hati perlu membuat pilihan,
meneruskan perjalanan di antara dua persimpangan.

Inilah masanya,
Hati ini melepaskan semuanya,
membiar dia terus melakar kehidupan.

Inilah masanya,
Hati ini bersedia dengan kemungkinan,
Menerima semua dengan kesyukuran.

Inilah masanya,
Hati merelakan semunya keakhir garisan,
agar ada janji lain yang akan bermula.

Inilah masanya,
Hati ini mendoakan kebahagiaannya,
semoga indah laluan hidupnya.

Inilah masanya,
hati ini dibuka untuk cinta yang lain,
membina istana kasih yang baru.
semoga bertemulah aku dengannya,
insan terpilih, kurniaan Allah,
semoga bersatu dua hati,
di atas satu cinta Kurniaan Illahi.
amin..

Sunday, November 15, 2009

DIA BUKAN UNTUKKU..

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai Langit dan Bumi,
Yang Berdiri Sendiri..
Yang Maha Lembut HatiNya..
Yang Maha Adil,
Yang Maha Mengetahui apa yang ada di Langit dan Di bumi..
Kuasa Tuhan tiada tandingan..

DIA yang Maha Mencipta,
DIA yang menitipkan rasa kasih dan sayang ini.
DIA yang menentukan bahawa aku perlu berjumpa dengan yang salah..
sebelum bertemu yang berhak..
DIA jugalah yang berhak menarik semula rasa cinta dan kasih ini.
DIA jugalah yang berhak menentukan segalanya..
sebagai hambaNYA, wajib aku menerima ketentuan ini..
itulah QADA' dan QADAR..

akhirnya dia pergi juga...
akhirnya dia kembali kepada yang berhak memilikinya..
akhirnya aku perlu lepaskan dia pergi..
akhirnya aku perlu merelakan dia kembali ke asalnya..
tak perlu ku tunggu sehingga kucing bertanduk..

6.11.2009
akhirnya terjawab semua yang menjadi tanda tanya..
kebenaran yang tentunya pahit...
kebenaran yang merubah segala-galanya..
kebenarannya..
dia dah sah jadi milik orang lain..
dia kembali kepada yg asalnya..
dia kembali kpd cinta hatinya...
mungkin itulah cinta sejatinya..
cinta yg dititipkan oleh Tuhan ke dalam hatinya..

walau selepas sebulan, sampai juga ke pengetahuanku..
dari keadaan yang langsung tak pernah ku bayangkan..
dari situasi yang langsung tak ku duga.. bukan dari dia...
bukan dari mulutnya sendiri...
bukan dari situasi yg mampu ku terima dgn rela hati...
tapi hati ini tetap akur dgn ketentuan Tuhan..
tetap terima takdir Tuhan..

walau sukar nak memujuk hati..
walau sukar nak mengiakan apa yg terjadi..
walau sakit hati ini utk akui...
walau pedih terguris sukar nk diubati..

8.10.2009
tarikh keramat- ijab qabul antara dia dan isterinya..
diakui bukan dari tutur kata...
disampaikan bukan dari 4 mata
disebarkan hanya di alam maya..
selepas hati ini degil ingin bertanya
selepas hati ini merayu utk mengetahui kebenaran...

25.9.2009
hari terakhir berjumpa dgnnya..
seharian ku habiskan masa bersama...
dari pagi hingga ke petang..
ku fikir itu detik paling indah dlm hidupku..
rupanya itu detik paling akhir aku berjumpa dia...
4 hari sebelum ulang tahun kelahiranku yang ke 27
ku fikir itulah hadiah hari lahir paling indah buatku
rupanya menjadi sebaliknya..

2 minggu selepas pertemuan itu..
dirinya melafazkan ijab dan qabul kpd wanita lain..
apa yg ada dalm hatinya ketika itu..?
apa perasaannya ketika melalui detik itu?
apa yg difikirkan ketika itu agaknya?

sampainya hati..
teganya hati seorang lelaki..
walau tak pernah ada janji...
tapi sekurang2 nya..
ceritakan hal yg jadi.. jangan berahsia...
terasanya hati..bila semua ni jadi..
sakitnya hati..bila diri dibelakangkan..
pedihnya hati,.bila dia berahsia..
seolah2 diri ni..tiada langsung makna pda dia..
seolah-olah diri ini tiada harga di mata dia..

benar...diri ini bukan sesiapa pada dia...
benar..diri ini tak pernah melafazkan cinta..
benar..dia juga begitu..
tapi kenapa selama ini..dia datang kepadaku..
kenapa dia layan diriku sebegitu rupa..
kenapa dia cari diri ini lagi...

ya..ku terima dgn hati terbuka..
ya..ku cuba ikhlaskan diri..
ya..ku doakn dia bahagia..
ya..ku doakan yang terbaik buatnya..
ya..ku maafkn kekhilafannya..
ya..ku terima ketentuan Tuhan ini...

tak sekali kusalahkan dia,..
kerana mmg sukar untuk memahami hati ini,,
hati yang keras dan degil..
tak sekali ku salahkan dia..
atas apa yang jadi..
kerana hati amat memahami...
sulitnya menyelesaikan masalah hati dan perasaan..
silapnya cuma satu...
merahsiakan dariku...itu satu..hanya satu..

marah..
tipu..jika tiada amarah berputik..
tipu jika ku katakan tiada amarah untuknya
benar..adakala amarah menguasai hati..
benar..adakala ku ikutkan juga amarah ini,
benar..ada masanya..amarah ini mengatasi waras,
tapi..besar lagi amarah ku pada diri sendiri...
kerana yg pastinya...silap dtg dari diri sendiri..

walau jauh di sudut hati..
masih terasa pahitnya..
masih terasa pedih mencucuk jiwa
masih ngilu di tusuk sembilu cinta...
masih mencari keikhlasan..
masih mencari ketulusan..
masih mencari kedamaian
masih mencari kekuatan..
masih mencari ketabahan..

mujur hati ini, mampu ku pujuk...
kerana ku yakin dengan ketentuan Illahi..
pasti ada yang lain untukku..
Tuhan tak pernah mungkir janji..aku yang selalu mungkir pd janjiku
aku sahaja yang usah lupa berdoa
aku yang perlu terus berusaha..
selebihnya bertawakkal...

ya ALLAH, jika memang dia bukan untukku..
jika memang dia bukan jodohku..
jika memang dia bukan tercipta untukku..
hilangkan lah segenap rasa ini,
hilangkan rasa cinta ini,
lenyapkan rasa kasih ini,
hapuskan rindu ini...
padamkan setiap inci ingatanku kepadanya..
agar ikhlas ku menerima takdirMU ini,
agar ikhlas hatiku medoakan dia..
agar ikhlas ku melepaskan dia...
peliharalah aku dari kekecewaan,
peliharalah aku dari kesedihan,
peliharalah aku dari kesakitan,
peliharalah aku dari dendam dan hasat,
temukan lah aku dengan yang berhak,
temukan aku dengan dia yang menggayutkan cintanya kepadaMu.
temukan aku dgn dia yang melabuhkan rindunya kpdMu,
temukan aku dengan dia yang KAU cipta untukku..
walau mungkin tak sebaik dia..
cukuplah baik untukku..

ku lepaskan dia pergi..
kerana ku tahu cintanya bukan untukku
dari dulu, dari mula, semalam, dan hari ini..
semoga dia bahagia, semoga kekal hingga akhirnya..
semoga yang baik-baik utknya..

hatiku menyakinkan..tentunya ada sebab,
dia melakukannya...
tentunya ada alasan...atas apa yg terjadi..
walaun tidak ku tahu alasan dan sebab itu,..
tentunya baik untuknya,baik untukku..
kalau bukan hari ini, baiknya ku nikmati..
mungkin hari esok..dan esok..dan esok..insyaAllah..
yang mungkin tak ku sesali atas apa yang jadi..

semoga dia dan aku mampu tersenyum..
dengan ketentuan Tuhan ini..
hari ini, esok,..hari2 kedepan....untuk selamanya...amin...

Sunday, November 1, 2009

LEPASKAN IA PERGI...

benarlah kata orang..cinta tak semestinya memiliki....
walau setengah mati pun menyintai..
tetapi andai telah tersurat bahawa cinta itu tak termiliki..
selamanya ia akan begitu..

kalau pun cinta itu akhirnya dimiliki...
ada kalanya..biarkan la ia sendiri..bebas berlari..
semakin cinta itu dipagari..dilindungi.
semakin cinta itu..dibimbangi akan pergi..
berlalu meninggalkan selamanya..

jadi,..biarkan la ia berterbangan...
biarkan ia lepas bebas..
bila cinta puas begitu..
cinta akan kembali dan abadi dimiliki..

benarlah kata orang,
semakin cinta itu dikejar..
semakin ia jauh berlari..
letih dan lelah tak terperi..
peluh, keringat dan air mata..
namun..cinta tetap tak mampu dikejar...

jadi..berhentilah berlari mengejarnya..
lepaskan lelah seketika..
biarkan diri rehlah..melepas sesak..
biarkan cinta itu terus berlari..
bila cinta sampai ke hujungnya..
cinta akan sedar..bahwa ia sendiri..
kelak cinta akan sepi..
kelak cinta akan merindui..
kelak...cinta itu tak mampu lagi sendiri..
cinta kan kembali..
cinta akan ke pangkuan tanpa dipinta...
cinta akan dimiliki hakiki
cinta pasti..

ketika cinta yang diberi..tak diendah..
jangan sekali bersedih hati...

ketika cinta yang didamba tak mampu dimiliki..
usah merajuk diri..

ketika cinta yang diberi tak disambuti..
jangan berserah diri...

pasti cinta itu tak berhak dimiliki,,.
ada cinta lain yang lebih hakiki,..
menanti dihujung jalan nanti..
lepaskan lah cinta itu..
sambutlah cinta yang lainnya..
kelak hati damai bersemadi...
kelak jiwa tenang menanti...
kelak bahagia pasti dimiliki...

anadai hari ini..kau mengejar cinta..
cinta itu tak mahu memandangmu..
berhentila mengejarya..
andai cinta itu memang milikmu..
dia akan berhenti berlari..

andai hari ini..kau mati-mati menyintai..
tetapi dia tak pernah peduli...
berhentilah mendera hati..
lepaskan cinta itu pergi..
pasti lega hatimu nanti..
kerana cinta itu bukan milikmu..

andai hari ini,.kau memberi cinta..
tapi tak dihargai..
dia tak berhak memiliki..
berikan cintamu kepada yang lebih mengerti...

lepaskanlah semuanya;..
derita hanya sementara..
sakit hanya seketika..
hati nan lara sekadar waktu..
air mata yang mengalir pasti kering jua..

Allah menjanjikan bahagia..
bagi setiap hambanya...
selagi suruhan kau turuti..
selagi larangan kau jauhi...

andai hari ni kau tak perolehi..
tak beerti ia bukan milikimu..
tiba masanya nanti..
mungkin ada yang lebih baik menanti...
insyaAllah...

Sunday, October 18, 2009

Menunggu Kucing Bertanduk...

sesiapa pun tak suka menjadi penunggu.
samaada menunggu orang, menunggu khabar berita, menunggu giliran atau apa saja..
apatah lagi menunggu sesuatu yang berkaitan dengan hidup.

kesabaran kadang kala mencapai ke tahap maksimum..sampai ke tahap kemuncaknya..
hati sering berkata..putus asa sajalah..tetapi iman tetap mempertahankan keyakinan yang masih bersisa di dalam jiwa.

kesabaran ini, adakalanya menuntut satu alasan yang kuat untuk terus tabah menanti dan menunggu. tetapi adakalanya hati tak mampu lagi untuk mengutarakan alasan.
hanya iman yang sering kali menahan hati ini untuk berlalu pergi.

maka, hingga ke saat ini, aku masih menjadi penunggu yang setia.
penunggu yang mengharapkan ada cahaya bergemerlapan di penghujung jalan..
penunggu yang dahagakan kesudahan yang indah di akhir cerita ini.
penunggu yang menunggu khabar gembira menanti...
penunggu yang menagih kebahagiaan di persimpangan jalan kelak..

adakala hati ini meronta untuk menutup sahaja pintu hati ini..
adakala hati ini mahu saja melepaskan segala yang bersarang di hati..
adakala hati ini mahu saja menamatkan ceritera cinta ini,.

betapa sukarnya menahan kesabaran bila terpaksa menjadi penunggu,
adakalanya, air mata ini tak mampu lagi mengalir..
adakala air mata ini kering sendiri..

bilakan penantian ini akan berakhir..
bilakah jawatan penunggu setia ini akan mampu ku lepaskan..
bilakah kebahagiaan itu mutlak menjadi milikku..
bilakah sinar gemerlapan itu mampu ku nikmati..
bilakah keindahan cerita ini mampu ku hebahkan kepada seluruh alam...

selagi kesabaran ini masih mampu ku pertahan,
selagi ketabahan ni menjadi benteng kemarahan,
selagi hati ini masih bersisa sayang,
selagi diri ini bersalut keimanan,..
segalanya akan ku genggam..
tetapi sampai bila ku sendiri tiada maklum..

harapnya, impian dan harapan ini terus mampu berdiri,
harapnya, ku terus mampu menadah tangan memohon doa..
harapnya, hati ini akan terus bertawakkal kepadaMU...
ku percaya ada bahagian yang KAU peruntukkan untukku di hujung jalan ini...
InsyaAllah...Amin..

Wednesday, August 26, 2009

susahnya...

sukarnye nak memujuk hati bila terluka,
sakitnya masih terasa walaupun dah lama berlaku,
kesakitan yang tak pernah dirasa,
kesakitan yang pada asalnya, ingatkan hanya khayalan..
rupanya benar-benar terasa.
kenapa dia sanggup buat macam tu..
kenapa dia tak terus terang jer..
kenapa nak selindung lagi...
susahnya bila melibatkan hati dan perasaan...
susah lagi bila nk memahami hati dan perasaan orang lain...
rasa cam nak nangis jer...
tapi rasa tak bebaloi je nak menangis..
tapi bila mengingatkan harapan yang dah dibina,
macam rasa terkilan jer..
susahnya.....

Sunday, August 23, 2009

SUKARNYA MEMAHAMI HATI SENDIRI

Hati mahu lupakan dia...
hati mahu lepaskan dia..
hati mahu lenyapkan memori bersama,
hati mahu padamkan cinta.

tapi,
hati enggan mendengar kata,
hati enggan melepaskan cinta,
hati enggan memadam memori,
walau hati parah terluka.

sakit bila terluka..dan dilukai..
pedihnya, rindu didustai..
pilunya, kasih separuh hati,
sedihnya, cinta dimata, bukan dijiwa.

merana jiwa, bila kasih lain yang dipuja,
siksa raga, bila rindu lain yang dinanti,
dia memberi bukan sepenuh hati,
dia menyintai bukan sepenuh raga,
dia menyayangi, bukan seikhlas hati,

tapi hati ini tetap begini,
hati ini tak mahu melupakan dia,
hati ini tak mahu membuang dia,
hati ini masih mahu bertahan,
hati ini masih mahu menagih kasih,
hati ini masih mahu menyintai,
hati ini masih mahu membeli jiwa.

walaupun semakin hari semakin sakit,
walau semakin hari semakin pedih,
walau semakin hari semakin luka,
walau semakin hari semakin tercarik,

sukarnya melayan kehendak hati,
sukarnya melayan kehendak jiwa,
sukarnya melayan kemahuan perasaan,
sukarnya melayan rasa cinta yang menyiksa.

akal waras kalah dek kehendak rasa,
akal waras mengalah bahana gelora jiwa,
akal waras tak mampu melawan kemahuan hati,
akal waras sering dilupakan demi melayan kehendak cinta.

kenapa ada insan yang tak mahu mengerti,
kenapa ada insan yang tak mahu menghargai,
kenapa ada insan yang tak menyedari.
kenapa ada insan yang memandang sepi,

sukarnya memahami hati sendiri,
susah lagi memahami hati orang lain,
sukarnya melayan perasaan sendiri,
susah lagi melayan perasaan orang lain.

sukarnya mengikut kehendak hati sendiri,
sukar lagi mengikut kehendak hati orang lain,
sukarnya melawan perasaan sendiri,
sukar lagi melayan perasaan orang lain.

hari ini, bertekad untuk berlalu pergi,
esok, pasti hati berubah lagi..
hari ini, hati mahu melupakan dia,
esok, hati kembali menganyam cinta.

hari ini, tak mahu mengingati dia lagi,
esok, dia juga yang dicari.
hari ini, ku mohon agar hati bisa tabah menghadapi,
esok, hati kembali mohon dicintai.

hari ini, semua kenangan mahu dilupakan,
esok, diari lama dibuka kembali.
hari ini, dibina tembok pemisah, kononnya utuh,
esok, dengan mudah tembok diruntuh...

sukarnya melawan perasaan ini sendiri,
kenapa dia tak mengerti,
kenapa dia tak memahami,
kenapa dia tak menyedari.

setiap hari, mencari kekuatan,
setiap hari, mencari kebenaran,
setiap hari, cuba melupakan,
setiap hari, cuba tetapkan hati.

tapi,
setiap hari juga dia kembali,
setiap hari dia datang mencari,
setiap hari dia menjengah,
setiap hari, dia seakan tak mahu pergi.

sering bertanya sendiri,
cinta siapa di dalam hatinya,
kasih siapa bertahta di sanubarinya,
wajah siapa di dalam mindanya,
milik siapa jiwanya..

Ya Allah,
berikan aku kekuatan,
berikan aku ketetapan hati,
berikan aku petunjukmu,
berikan aku jalan,

Ya Allah,
ku mohon ketenangan,
Andai dia bukan untukku,
hilangkan dia dari ingatan,
hilangkan rasa cinta ini,
hilangkan rasa kasih yang makin mendalam,
hilangkan rindu yang semakin mendendam,

hati tak mampu lagi bertahan,
hati tak mampu lagi memendam rasa,
hati tak mampu lagi menipu diri,
hati tak mahu selamanya begini.

biarlah hati ini tenang sendiri,
biarkan hati ini aman sendiri,
biarkan hati ini tiada penghuni,
biarkan hati ini begini seketika...

ku lepaskan dia pergi...
biarkan dia mencari cintanya,
lepaskan dia dari ikatan perasaan,
bebaskan dia dari penipuan...

semoga dia ketemu cintanya,
semoga dia ketemu idaman,
semoga dia ketemu apa yang hilang,
semoga dia ketemu apa yang dicarinya...
yang tiada dalam diri ini...
yang tak sempurna dalam diri ini..