Tuesday, March 23, 2010

Guru Terbaik Dalam Hidup

benarlah kata orang PENGALAMAN adalah GURU TERBAIK dalam hidup. pengalaman mengajar banyak perkara dalam hidup kita. tidak kira pengalaman itu manis atau pahit, masam atau masin

jika manis pengalaman itu, tentunya ia mengajar kita erti kesyukuran. betapa perlunya kita mensyukuri nikmat yang diberikan Allah di atas kemanisan hidup yang diberikan. samada berjaya dalam hidup, mendapat durian runtuh, dapat naik pangkat atau naik gaji, mendapat cahayamata dan sebagainya semuanya wajib disyukuri..dan pengalaman itu mengajar kita menjadi hamba yang taat kepada Tuhannya iaitu Allah yang satu.

jika sebaliknya pengalaman yang kita tempuhi atau alami, tentunya ia mengajar kita erti ketabahan dan kesabaran. itulah pengalaman masam atau pahit. setiap yang terjadi perlu disedari dan diakui bahawa tentu ada hikmah di sebaliknya. jangan sesekali disalahkan takdir yang mendatang. sebaliknya kita diajar supaya redha dengan qada' dan qadar Tuhan. Namun, di sebalik itu, kita juga diajar supaya berusaha mengubah diri kita, menjadi orang yang lebih baik dan berguna. tentu di sebalik kegagalan itu terselit kesilapan atau kelemahan diri kita. jika tidak banyak, tentu ada sedikitnya. namun ada masa langsung kita tidak sedari.

kegagalan bukan mengajar kita supaya menjadi lemah. kesakitan juga bukan mengajar kita, bahawa kita tidak kuat. ia juga tidak mengajar supaya kita terus mengalah. ia memberi kesedaran kepada kita bahawa usaha yang kita lakukan mungkin belum cukup untuk mencapai kejayaan itu. tidak kita dalam bidang apa sekali pun. kerjaya, cinta, cita-cita atau persahabatan.

namun, jangan lalai dengan nikmat kebahagiaan dan kejayaan yang dikecapi. ia bukan mengajar kita untuk berhenti ditakuk itu. sebaliknya, ia memerlukan anjakan paradigma yang lebih besar lagi. supaya kenikmatan yang kita nikmati hari ini,bukan sahaja boleh dikekalkan tetapi juga mungkin boleh ditingkatkan. ia juga bukan mengajar kita untuk mendabik dada, meninggi diri dan menongkat langit. sebaliknya, ia perlu direnungkan betapa sukarnya kita berusaha untuk sampai ke tahap ini. juga perlu direnungkan bahawa betapa ramai lagi insan lain yang berusaha seperti kita, namun kita adalah insan terpilih yang diberikan peluang untuk menikmati kejayaan dan kebahagiaan ini. Alhamdulillah.

ketika ini, tadahlah tanganmu, pandanglah ke langit dan senyumlah kepada Tuhan yang mencikptakanmu dari setitis air, langsung menjadi daging, dan membalut tulang-temulang. hingga ditiupkan nyawa ke dalam jasatmu yang lengkap dengan ciptaan terindah. bersyukurlah di atas kelahiranmu kedunia, atas ihsan dan kasih sayangNYA, Allah yang satu. panjatkanlah kesyukuranmu di atas pengalaman sebuah kehidupan yang diberikan oleh Tuhanmu itu. tiada pengalaman yang lebih indah dan manis, selain dari pengalaman menikmati kasih sayangNYA.

sedarlah bahawa setiap pengalaman yang pahit itu datang, bukan untuk melemahkan dirimu tetapi sebaliknya adalah untuk menjadikan dirimu lebih kuat dan tabah. sedarlah juga bahawa dirimu itu masih disayangi dan diberikan perhatian. kamu terpilih dari berjuta manusia untuk diberikan teguran itu supaya kamu tidak lali, atau tidak lena dengan kenikmatan yang diberikan. lalu kamu telah diberikan cubaan atau ujian terlebih dahulu. kenapa ia terjadi begitu??? supaya kelak, kala kamu menikmati kebahagiaan, kamu tidak akan lupa akan mereka yang berada di belakangmu, tidak lupa kepada mereka yang berada di bawahmu, dan yang paling penting tidak lupa akan DIA yang berada di atasmu itu.

bersyukurlah dengan setiap pengalaman hidup yang mendatang. jangan ditangisi andai ia bukan pengalaman yang seperti dijangkakan. jangan dirusuhi jika ia tidak semanis yang kamu inginkan. sebaliknya juga, jangan leka pula dengan kenikmatan yang dikecapi hari ini. teruslah bersyukur, teruslah berusaha supaya kamu mampu menjadi insan terpilih yang diberikan kenikmatan itu.

Alhamdulillah.. :)

Tuesday, March 16, 2010

SEMACAM JEE...


Hari ni rasa semacam je..ntah kenapa..
tiba-tiba datang semangat baru..semangat yang lain dari biasa..
keazaman ni memang selalu dah datang , tapi kali ni lain macam skit.
harap-harap, kali ni, berkekalan.

tiba-tiba terasa yang tak berbaloi menangisi sesuatu yang dah hilang
menangisi seseorang yang tak menghargai pemberian kita
menangisi peristiwa yang tidak mendatangkan faedah
menangisi takdir yang tentu ada hikmahnya, cuma belum sampai masa untuk dinikmati.

biarlah hari semalam menjadi hari terakhir semua tu terjadi.
dan harapnya, jiwa ini akan terus kental untuk menghadapi setiap detik yang mendatang.
harapnya, diri ini akan terus redha dengan qada dan qadar yang ditentukan Allah.

nak melupakan memang susah kerana ia sudahpun terpahat dalam hidup
ia menjadi sejarah hidup yang tak mampu terpadam
ia telah terpahat sebagai satu pengalaman yang mengajar erti kehidupan.

ia boleh diingat supaya ia menjadi teladan
ia boleh dikenang supaya ia menjadi pedoman
ia akan menjadi satu pengajaran dalam hidup yang amat beerti
yang pasti ia takkan dikesali sama sekali
ia adalah sejarah hidup yang amat bermakna dalam hidup

Monday, March 15, 2010

TERUS SENDIRI..


Ya Allah,
bila semua ini akan berakhir...
Bila kerinduan ini akan surut
Bila mampu ku berhenti menyebut namanya
Bila akan pudar semua memori dari ingatan
Bila segenap rasa ini akan beransur hilang
Bila luka di jiwa akan kering
Bila rawan di hati akan kembali afiat
Bila gelora rasa akan kembali reda

Semuanya takkan jadi seperti dulu lagi,
Semuanya takkan sama sebelum dia hadir,
Semuanya takkan kembali ke asalnya
semuanya memberi parut yang dalam,
Semuanya takkan berulang lagi...

Berkali ku berjanji pada diri,
Berhentilah menangisi pemergiannya
Berhentilah bersedih atas keterlanjuran dia
Berhentilah berharap agar dia kembali lagi
Berhentilah mengenangnya lagi,
berhentilah mengait rindu lagi
Berhentilah menganyam angan untuk bersama lagi

Berkali ku pujuk hati
Tabahlah hadapi semua ini
Tegarlah berdiri walau dia tiada di sisi
Kuatlah menepis bisikan rindu ini
Taguhlah menangkis angan yang kembali
Sabarlah menunggu hari dinanti
Bila semua ini akan berlalu jua

Berkali ku yakinkah diri
Dia bukan untukku lagi
Dia tak mampu ku miliki
Dia telah pergi dari sisi
Dia telah mungkir pada janji
Dia telah dimilik insan lain
Dia telah bahagia dengan hidupnya
Dia telah lupa akan diri ini

Aku yakin, aku mampu berdiri
Tapi biarlah masa terus meniti
Biarlah semua ini beransur pergi
Biarlah hati akan terpujuk sendiri
Biarlah aku terus sendiri
Biarlah aku terus di sini
Kerana dia tetap akan pergi
Kerana dia tetap takkan kembali
Kerana dia takkan ku miliki
kerana dia telah menjadi memori

Sunday, March 14, 2010

ADA MASA...


Ada masa, sedih di hati diturutkan juga..
Ada masa sakit di hati diikutkan juga,
Ada masa pedih di hati, tak mampu ditahan
Ada masa air mata ini mengalir lagi
Ada masa mahu saja diturutkan kehendak hati
Ada masa mahu saja ku laungkan semuanya
Ada masa ku ingin dia di depan mata
Ada masa ku mahu dia berada di sisi
Ada masa ku teringin menyebut namanya
Ada masa ku mahu dia mengingatiku
Ada masa rindu ini membentak jiwa
Ada masa cinta ini menyiksa raga
Ada masa kasih ini melemahkan jiwa
Ada masa kenangan lama menghantui raga
Ada masa ku ingin dia kembali
Ada masa ku mahu dia seperti dulu
Ada masa terbit rasa benci
Ada masa terbit rasa sakit di hati
Tapi yang nyata,..
air mata ini tak mampu kering lagi..
Entah bila, tak tau masanya..
Entah bila kunjung ketikanya...

Sunday, March 7, 2010

MISI UNTUK HARI INI!!!

misi yg pertama dah selesai iaitu sidai kain.
misi yang kedua plak tanam sayur kt Farmville..juga dah selesai.
now, misi yang ketiga iaitu tinggalkan dunia siber ni untuk seketika.
sebab, perlu ke misi yang ke empat, iaitu untuk jahit baju..

go!go!go! chaiyuk!chaiyuk....
InsyaAllah, semuanya akan settle dalam list misi untuk hari ini.

TUMBUHAN TEMPATAN DAN NILAI UBATANNYA

Negara Malaysia memang terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan pelbagai alam flora. Flora yang tumbuh segar di hutan tropika kita selama berabad-abad lamanya itu menyimpan bertimbun rahsia perubatan.

Malaysia memiliki tidak kurang dari 7000 spesies tumbuhan yang dikira dapat menghasilkan unsur-unsur perubatan. Setiap pepohon berpotensi bermanfaat bagi kepentingan manusia. Penggunaan tumbuhan di dalam bidang perubatan tradisional telah lama berlangsung sejajar dengan kewujudan manusia itu sendiri dan diamalkan sebagai rawatan utama atau pilihan oleh semua masyarakat dan kaum.

Kini, tumbuhan ubat-ubatan telah memainkan peranan yang penting di dalam proses penemuan ubat-ubatan moden bagi pengubatan pelbagai penyakit dari demam siput (snail fever) hi ngga ke AIDS.

Antara tumbuhan yang memang diketahui khasiatnya ialah :

1) pokok Patawali atau juga dikenali sebagai akar seruntun di sesetengah tempat Nama sainsnya Tinospora Crispa Miers dan berasal dari keluarga Menispermaceae.
Patawali mudah dikenali melalui batangnya yang berkerutu, daunnya yang lebar dan hidup menjalar di atas pagar. Rasanya pahit bukan kepalang tetapi nilai khasiatnya amatlah tinggi dari segi perubatan.

Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea. Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.

Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

2) Daun Lemuning, yang dikenali sebagai Vitex Negundo Linn dari segi saintifik dan berasal dari keluarga Verbenaceae, adalah sejenis pokok yang terkenal mempunyai khasiat untuk wanita selepas bersalin. Wajah pucat dan sakit-sakit di bahagian ari-ari adalah diantara masalah-masalah yang sering dialami oleh kaum wanita selepas bersalin.

Air rebusan daun lemuning merupakan satu kaedah berkesan untuk membantu menyerikan wajah muka, sekali gus memulihkan kecantikan. Ia juga digunakan untuk mengubati bisul, meredakan batuk serta mengurangkan kahak.

3) Mengkudu pula adalah sejenis tumbuhan yang biasanya tumbuh liar dikawasan hutan, belukar atau tanah terbiar. Terdapat tiga jenis pokok mengkudu, iaitu Morinda Citrifolia Linn, Morinda Elliptica Ridl dan Morinda Umbellata Linn.
Ketiga-tiga jenis mengkudu ini berasal dari keluarga Rubiaceae dan mempunyai nilai dan kegunaannya yang tersendiri dari segi perubatan. Morinda Citrifolia Linn.
buahnya boleh dimakan apabila masak untuk membersihkan darah serta mengawal penyakit kencing manis. Buah ini juga berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Daunnya pula dilayur dan didemah pada dada dan perut untuk mengubati demam dan sakit di dalam perut. Morinda Elliptica Ridl yang mempunyai daun yang kecil dan tirus serta buahnya kecil berbanding dengan jenis yang lain.

Pucuk mengkudu ini enak dimakan sebagai ulam untuk menambah selera serta mengubati cirit-birit, penyakit taun dan sakit kepala, terutamanya semasa demam dan gastric. ia merupakan cara tradisional yang digunakan oleh orang-orang kampung untuk merawat demam malaria.

Buasir sejenis penyakit yang amat menyakitkan. Daun mengkudu Morinda Elliptica Ridl merupakan satu cara berkesan dalam bidang tradisional untuk mengubatinya. Morinda Umbellata Linn pula digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati penyakit kulit. Akarnya direbus dan disapu pada kulit manakala daunnya direbus untuk diminum sebagai ubat cacing.

4) Kaduk atau nama sainsnya piper sarmentosum roxb berasal dari keluarga piperaceae adalah sejenis tumbuhan tempatan yang mudah ditemui. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar.
Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

5) Daun kari merupakan ramuan penting untuk pelbagai masakan tempatan, apatah lagi kari. Tumbuhan renek ini yang berasal daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih.
Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Di samping itu, daunnya juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

6) Jangkitan di bahagian perut atau usus mendedahkan seseorang itu kepada ulser- luka di bahagian kulit atau membran bermukus. Tabiat merokok serta pengambilan alkohol dan ubat aspirin yang berlebihan menjadi punca penyakit itu, selain pedas. Pendarahan yang berlebihan boleh membawa kepada kekurangan darah dan penyakit tekanan darah rendah. Jus aloe vera merupakan rawatan paling mujarab untuk mengubati ulser. Amalkan setiap kali sebelum makan dan sebelum tidur.
Jadam ialah getah beku dari aloe vera. Masyarakat timur telah lama menggunakan jadam sebagai penawar busung. Selain daripada itu juga jadam mempunyai banyak kegunaan lain dalam ubatan tradisional dan kosmetik asli.

7) Sirih digemari sebagai kudapan di kalangan orang-orang tua. Sirih mempunyai nama yang berbeza-beza, antaranya sirih carang, camai, kerekap, serasa, cabe, kengyek atau kerak. Piper Betel Linn merupakan nama saintifik bagi pokok sirih yang berasal dari keluarga Piperraceae.

Dalam rawatan tradisional, sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit. Ia juga digunakan untuk merawat hidung berdarah.

Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi. Malah ia juga berkesan untuk melegakan demam panas. Alahan terhadap udara panas atau makanan-makanan tertentu boleh menyebabkan seluruh badan terasa gatal dan miang serta ditumbuhi bintil-bintil merah dikenali sebagai gelegata. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sirih yang dilayur diatas api kemudian disapu pada kulit ketika daun masih panas. Daun sirih juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal di bahagian kemaluan, dimana air rebusannya digunakan untuk mencuci di bahagian sulit yang gatal.

8) Tumbuhan yang dikenali sebagai Tongkat Ali sememangnya amat terkenal dikalangan masyarakat melayu sebagai tonik seks. Nama sainsnya ialah Eurycoma longfolia, bukan sahaja berfungsi sabagai penguat tenaga batin lelaki, tetapi dalam perubatan tradisional tongkat Ali lebih luas digunakan sebagai ubat malaria dan darah tinggi.

Selain itu, tongkat Ali juga digunakan sebagai ubat dropsi,iaitu penyakit yang menghasilkan penakungan air dalam tisu dan bahagian badan yang terbabit menjadi kembung air atau dipanggil edema (busung).

9) Jika Tongkat Ali berguna untuk merawat masalah lelaki, maka pokok Kacip Fatimah atau nama sainsnya Labisia Pumila pula digunakan untuk merawat sakit puan. Bahagian akar sering digunakan untuk merawat sakit puan, cirit-birit dan kembung perut.

10) Senduduk sejenis tumbuhan renek yang tumbuh liar di kawasan terbiar. Berasal dari keluarga Melastomaceae, tumbuhan ini yang dikenali sebagai keduduk atau akar keduduk hitam, bernilai tinggi dalam perubatan tradisional.

Daun senduduk, yang kasar dibahagian bawah, merupakan penawar bagi wanita-wanita yang mengalami masalah akibat penyakit keputihan. Air rebusan daun senduduk juga berkesan untuk meredakan cirit-birit.

Salah satu cara tradisional untuk menghilangkan parut-parut itu ialah dengan menggunakan daun dan akar senduduk. Kaedah itu juga berkesan untuk mengubati buasir.
Satu lagi kegunaan senduduk, yang dikenali sebagai Melastoma Malabathricum Linn dari segi saintifik, ialah untuk melegakan sakit gigi. Akarnya direbus dan airnya digunakan untuk berkumur. Air rebusan akar senduduk juga mujarab untuk dibuat mandi bagi melembutkan kaki serta membuang angin, sekali gus menyegarkan badan.

11) Pokok inai merupakan sejenis tumbuhan renek dari spesies lawsonia terma sekeluarga dengan lythraceae. Ia merupakan bahan penting dalam perubatan untuk meredakan demam, sakit kepala, gigitan serangga berbisa, sengal-sengal sendi dan juga penyakit kulit dan amat mujarab untuk mereka yang menghadapi masalah badan berbau. Kulit pokok, daun dan buah inai juga banyak digunakan dalam rawatan tradisional untuk mengubati pelbagai penyakit.

12) Bunga tahi ayam sejenis tanaman yang biasanya tumbuh liar di tepi jalan atau di kawasan tanah terbiar. Berasal dari keluarga Verbenaceae, bunga tahi ayam yang dikenali sebagai Lantana Camara Linn, dari segi saintifiknya, berkesan dalam perubatan tradisional untuk mengubati penyakit sengal tulang. Air ramasan daunnya juga mujarab untuk meredakan demam terutamanya dikalangan kanak-kanak.

Satu lagi kegunaannya yang juga dikenali sebagai bunga asam senyur disesetengah tempat, ialah untuk mengubati luka atau ulser. Kaedah yang sama juga turut digunakan untuk meredakan bengkak di mana-mana bahagian tubuh badan.

13) Kemunting Cina atau Tapak Dara adalah berkerabat dengan pohon Madagaskar periwinkle (catharantus roseus G Don). Pokok ini banyak terdapat di kawasan tropika. Hidup segar dan liar di daerah pantai. Terdapat dua jenis iaitu yang berbunga merah jambu dan berwarna putih. Madagaskar periwinkle mempunyai zat (vinblastin dan vinkristin) yang sudah dibuktikan boleh mengubati penyakit Hodgkin dan leukimia.

14) Mungkin ramai di antara kita tidak pernah mendengar nama ubi gadong. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti ubi nasi, tuba ubi, ubi cerok, ubi merah, ubi kendudok, dan ubi kipas. Nama saintifik, iaitu Dioscorea sp.
Terdapat 19 spesies termasuk Dioscorea hispida, Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata. Setiap spesies berbeza dari aspek fizikal dan kimia diantara satu sama lain. Dioscorea hispida mempunyai ubi yang berwarna kuning, ubi Dioscorea piscatorum berwarna kemerahan, dan ubi Dioscorea alata pula berwarna kuning kemerahan.

Apa yang aneh mengenai ubi ini ialah ubinya beracun. Ubi ini dijadikan sebagai racun ikan atau tuba ikan. Kajian saintifik menunjukkan bahawa ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun, dioscorine iaitu sejenis alkaloid yang larut di dalam air.
Ubi ini kaya dengan bahan yang disebut steroid. Steroid ialah sumber asli yang penting dalam penghasilan ubatan dan hormon. Saponin ini bersifat anti agregasi platlet iaitu saponin boleh menghalang pengetulan platlet di dalam darah. Secara tidak langsung saponin dapat menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis. Steroid juga boleh diproses untuk dijadikan hormon seks, pil pencegah hamil dan bahan kortison.

Tuesday, March 2, 2010

MERAWAT HARI SENDIRI

terbakar rumah nampak asapnya..
terbakar hati siapa yang tahu..

luka di tangan nampak darahnya..
luka di hati, tak tahu parahnya..

sakit di mata, nampak bengkaknya..
sakit di hati, bagaimana rupanya..

tercalar tangan, nampak garisnya..
tercalar hati, siapa pun tak tahu..

tercarik baju, nampak koyaknya..
tercarik hati, entah di mana rabaknya..

tersadung kaki, jatuhnya ke tanah..
tersadung hati, merana jiwanya..

patah dahan, kembali tunasnya..
patah hati,bertunaskah lagi..

retak di pinggan jelas rupanya..
retak di hati, sakit terasa, tak sedar adanya..

merawat luka di jari, tau ubatnya..
merawat luka di hati, entah apa ubatnya..

demam dan sakit tahu kebahnya..
lara di hati, entah bila surutnya..

TEMPOH BERKABUNG HAMPIR KE PENGHUJUNG

dah lama tak menulis dalam ni. arini tiba2 tergerak hati nak mencoret sesuatu.
banyak yang tersimpan dalam hati. tapi ada masa tak mampu nak luahkan.
akhirnya, semua tu terkubur begitu sahaja.
banyak juga yang terlintas difikiran. mahu lakukan itu dan ini, tapi, ada masa ianya tak sesuai.
seperti biasa, ia juga akhirnya berkubur begitu sahaja.

hari ni, budak2 dah mula ujian. ujian pertama untuk tahun 2010.
belajar baru je sampai topik yang kedua. harap2 budak2 boleh jawab.
dah sehabis daya dan sehabis baik, aku cuba ajar. tapi, kalau budak2 tak boleh jawab,
nak cakap ape lagi.

memang lah, tentunya kelemahannya ada pada aku sendiri. ada masa aku terkejar2 untuk mengajar sesuatu kemahiran.
ada masa pula, persediaan untuk masuk ke kelas tidaklah begitu lengkap.
akhirnya budak2 juga yang menjadi mangsa.
tapi, Alhamdulillah, boleh cover semula.

untuk akhirnya, buat ahri ini setelah lama tidak melayan "perasan"..bukan layan perasaan..
harap2 my student boleh jawab soalan2 ujian kali ni.