Fakta berikut Dipetik dari : www.iluvislam.com
terima kasih kepada yang sudi berkongsi.
Jika ditanya kepada semua wanita, "nak cantik tak?"
pastinya semuanya akan mengangukkan kepala. kalau ada yang geleng tu, maybe ada something wrong la kot..ada wayar putus sikit.
Pernah terfikir betapa banyak kelebihan yang terkandung dalam pergerakan solat yang dilakukan oleh kita setiap hari?
Percaya atau tidak setiap gerakan dalam solat telah mendahului kepercayaan orang tua-tua dalam memberi petua turun-temurun kepada generasi yang akan datang?
Mereka menemui bahawa gerakan yang dikenali sebagai senaman dapat mengekalkan kecantikan dalaman seorang wanita.
Bahkan dari segi sains, solat dapat mengalirkan aliran darah dengan begitu sempurna. antara yang berikut ialah persamaan antara pergerakan solat dan pergerakan senaman dari petua orang dahulu kala.
Kebesaran dan kebijaksanaan ALLAH perlu dikaji oleh setiap insan kerana ada sebab dan musabab kenapa ALLAH menjadikan ia sebegitu rupa..dan kenapa perlu melakukan itu dan tidak melakukan ini...kenapa perlu dilakukan pada masa itu dan bukan pada masa yang lain.
SENAMAN-SENAMAN YANG MENYAMAI PERGERAKAN SOLAT.
1. Faedah Halus Pandangan: Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.
Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam.
Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.
Perasan atau tidak kedudukan itu sama seperti kedudukan kita sewaktu berdiri tegak mengadap ALLAH. Cuma dalam senaman ini kita berada dalam keadaan berbaring. Manakala mata kita sama gerakan seperti memberi salam ke kanan dan kiri dalam solat.
2.Faedah Angin Tunggal: Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.
Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat.
Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.
Keadaan ini sama seperti kedudukan sewaktu kita sujud mengadap ALLAH,ada sebab mengapa sujud yang panjang didalam solat itu lebih baik berbanding dari tergopoh gapah.
3. Faedah Angin Kembar: Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita.
Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.
Sewaktu mengangkat kedua-dua kaki ke atas keadaan ini pula hampir menyamai kedudukan sewaktu rukuk di dalam solat,kemudian apabila kaki dibengkokkan ke dada itu sama seperti kedudukan kita bangun daripada rukuk dan terus sujud.
Allah menerangkan di dalam al-quran bahawa manusia sentiasa dihinggapi rasa gelisah, bakhil dan sifat keji yang lain. Solat adalah satu cara untuk menghilangkan sifat-sifat keji ini. Firman Allah SWT yang bermaksud ;
Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiatkan resah gelisah(lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.(al-Ma'arij 19-23)
petua paling senang kalau nak cantik ialah...kerjakan solat..yang wajib jangan ditinggalkan, yang sunat diamalkan selalu...
Tuesday, May 5, 2009
Kenapa Doa Tidak dimakbulkan???
Ketika Ibrahim bin Adham [saorang ahli tasawwuf yang terkenal ditengah tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni orang ramai. Diantara mereka ada yang bertanya:
mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kapadanya.
Beliau menjawab itu adalah kerana hati kamu buta disebabkan olih sapuluh perkara.
Pertama:Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikannya.
Kedua :Kamu sangka kamu cinta kapada Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
Ketiga :Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
Keempat :Kamu telah makan dan menikmati nikmat dan rahmat Allah tetapi kamu tidak menunaikan kesyukurannya.
Kelima :Kamu telah berkata bahawa syaitan musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam :Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
Ketujuh :Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari dari padanya
Kelapan :Kamu telah berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
Kesembilan:Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
Kesepuluh.Kamu kebumikan mayat mayat mereka tetapi kamu tidak mengambil iktibar [pelajaran] daripada mereka
Petikan ini diambil daripada Hadith 40 karangan Imam Nawawi
Sekian wassallam Amin... ...
mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kapadanya.
Beliau menjawab itu adalah kerana hati kamu buta disebabkan olih sapuluh perkara.
Pertama:Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikannya.
Kedua :Kamu sangka kamu cinta kapada Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
Ketiga :Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
Keempat :Kamu telah makan dan menikmati nikmat dan rahmat Allah tetapi kamu tidak menunaikan kesyukurannya.
Kelima :Kamu telah berkata bahawa syaitan musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam :Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
Ketujuh :Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari dari padanya
Kelapan :Kamu telah berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
Kesembilan:Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
Kesepuluh.Kamu kebumikan mayat mayat mereka tetapi kamu tidak mengambil iktibar [pelajaran] daripada mereka
Petikan ini diambil daripada Hadith 40 karangan Imam Nawawi
Sekian wassallam Amin... ...
Sunday, May 3, 2009
BERITAHU......
Beritahu pada muslimah itu,
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu,
jaga tutur kata,
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu,
jaga tingkah laku,
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu,
jaga pakaian,
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu,
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian daripada iman..
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu,
jaga tutur kata,
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu,
jaga tingkah laku,
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu,
jaga pakaian,
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu,
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian daripada iman..
Subscribe to:
Posts (Atom)