Sunday, March 7, 2010
TUMBUHAN TEMPATAN DAN NILAI UBATANNYA
Malaysia memiliki tidak kurang dari 7000 spesies tumbuhan yang dikira dapat menghasilkan unsur-unsur perubatan. Setiap pepohon berpotensi bermanfaat bagi kepentingan manusia. Penggunaan tumbuhan di dalam bidang perubatan tradisional telah lama berlangsung sejajar dengan kewujudan manusia itu sendiri dan diamalkan sebagai rawatan utama atau pilihan oleh semua masyarakat dan kaum.
Kini, tumbuhan ubat-ubatan telah memainkan peranan yang penting di dalam proses penemuan ubat-ubatan moden bagi pengubatan pelbagai penyakit dari demam siput (snail fever) hi ngga ke AIDS.
Antara tumbuhan yang memang diketahui khasiatnya ialah :
1) pokok Patawali atau juga dikenali sebagai akar seruntun di sesetengah tempat Nama sainsnya Tinospora Crispa Miers dan berasal dari keluarga Menispermaceae.
Patawali mudah dikenali melalui batangnya yang berkerutu, daunnya yang lebar dan hidup menjalar di atas pagar. Rasanya pahit bukan kepalang tetapi nilai khasiatnya amatlah tinggi dari segi perubatan.
Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea. Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.
Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.
2) Daun Lemuning, yang dikenali sebagai Vitex Negundo Linn dari segi saintifik dan berasal dari keluarga Verbenaceae, adalah sejenis pokok yang terkenal mempunyai khasiat untuk wanita selepas bersalin. Wajah pucat dan sakit-sakit di bahagian ari-ari adalah diantara masalah-masalah yang sering dialami oleh kaum wanita selepas bersalin.
Air rebusan daun lemuning merupakan satu kaedah berkesan untuk membantu menyerikan wajah muka, sekali gus memulihkan kecantikan. Ia juga digunakan untuk mengubati bisul, meredakan batuk serta mengurangkan kahak.
3) Mengkudu pula adalah sejenis tumbuhan yang biasanya tumbuh liar dikawasan hutan, belukar atau tanah terbiar. Terdapat tiga jenis pokok mengkudu, iaitu Morinda Citrifolia Linn, Morinda Elliptica Ridl dan Morinda Umbellata Linn.
Ketiga-tiga jenis mengkudu ini berasal dari keluarga Rubiaceae dan mempunyai nilai dan kegunaannya yang tersendiri dari segi perubatan. Morinda Citrifolia Linn.
buahnya boleh dimakan apabila masak untuk membersihkan darah serta mengawal penyakit kencing manis. Buah ini juga berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Daunnya pula dilayur dan didemah pada dada dan perut untuk mengubati demam dan sakit di dalam perut. Morinda Elliptica Ridl yang mempunyai daun yang kecil dan tirus serta buahnya kecil berbanding dengan jenis yang lain.
Pucuk mengkudu ini enak dimakan sebagai ulam untuk menambah selera serta mengubati cirit-birit, penyakit taun dan sakit kepala, terutamanya semasa demam dan gastric. ia merupakan cara tradisional yang digunakan oleh orang-orang kampung untuk merawat demam malaria.
Buasir sejenis penyakit yang amat menyakitkan. Daun mengkudu Morinda Elliptica Ridl merupakan satu cara berkesan dalam bidang tradisional untuk mengubatinya. Morinda Umbellata Linn pula digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati penyakit kulit. Akarnya direbus dan disapu pada kulit manakala daunnya direbus untuk diminum sebagai ubat cacing.
4) Kaduk atau nama sainsnya piper sarmentosum roxb berasal dari keluarga piperaceae adalah sejenis tumbuhan tempatan yang mudah ditemui. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar.
Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.
5) Daun kari merupakan ramuan penting untuk pelbagai masakan tempatan, apatah lagi kari. Tumbuhan renek ini yang berasal daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih.
Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Di samping itu, daunnya juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.
6) Jangkitan di bahagian perut atau usus mendedahkan seseorang itu kepada ulser- luka di bahagian kulit atau membran bermukus. Tabiat merokok serta pengambilan alkohol dan ubat aspirin yang berlebihan menjadi punca penyakit itu, selain pedas. Pendarahan yang berlebihan boleh membawa kepada kekurangan darah dan penyakit tekanan darah rendah. Jus aloe vera merupakan rawatan paling mujarab untuk mengubati ulser. Amalkan setiap kali sebelum makan dan sebelum tidur.
Jadam ialah getah beku dari aloe vera. Masyarakat timur telah lama menggunakan jadam sebagai penawar busung. Selain daripada itu juga jadam mempunyai banyak kegunaan lain dalam ubatan tradisional dan kosmetik asli.
7) Sirih digemari sebagai kudapan di kalangan orang-orang tua. Sirih mempunyai nama yang berbeza-beza, antaranya sirih carang, camai, kerekap, serasa, cabe, kengyek atau kerak. Piper Betel Linn merupakan nama saintifik bagi pokok sirih yang berasal dari keluarga Piperraceae.
Dalam rawatan tradisional, sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit. Ia juga digunakan untuk merawat hidung berdarah.
Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi. Malah ia juga berkesan untuk melegakan demam panas. Alahan terhadap udara panas atau makanan-makanan tertentu boleh menyebabkan seluruh badan terasa gatal dan miang serta ditumbuhi bintil-bintil merah dikenali sebagai gelegata. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sirih yang dilayur diatas api kemudian disapu pada kulit ketika daun masih panas. Daun sirih juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal di bahagian kemaluan, dimana air rebusannya digunakan untuk mencuci di bahagian sulit yang gatal.
8) Tumbuhan yang dikenali sebagai Tongkat Ali sememangnya amat terkenal dikalangan masyarakat melayu sebagai tonik seks. Nama sainsnya ialah Eurycoma longfolia, bukan sahaja berfungsi sabagai penguat tenaga batin lelaki, tetapi dalam perubatan tradisional tongkat Ali lebih luas digunakan sebagai ubat malaria dan darah tinggi.
Selain itu, tongkat Ali juga digunakan sebagai ubat dropsi,iaitu penyakit yang menghasilkan penakungan air dalam tisu dan bahagian badan yang terbabit menjadi kembung air atau dipanggil edema (busung).
9) Jika Tongkat Ali berguna untuk merawat masalah lelaki, maka pokok Kacip Fatimah atau nama sainsnya Labisia Pumila pula digunakan untuk merawat sakit puan. Bahagian akar sering digunakan untuk merawat sakit puan, cirit-birit dan kembung perut.
10) Senduduk sejenis tumbuhan renek yang tumbuh liar di kawasan terbiar. Berasal dari keluarga Melastomaceae, tumbuhan ini yang dikenali sebagai keduduk atau akar keduduk hitam, bernilai tinggi dalam perubatan tradisional.
Daun senduduk, yang kasar dibahagian bawah, merupakan penawar bagi wanita-wanita yang mengalami masalah akibat penyakit keputihan. Air rebusan daun senduduk juga berkesan untuk meredakan cirit-birit.
Salah satu cara tradisional untuk menghilangkan parut-parut itu ialah dengan menggunakan daun dan akar senduduk. Kaedah itu juga berkesan untuk mengubati buasir.
Satu lagi kegunaan senduduk, yang dikenali sebagai Melastoma Malabathricum Linn dari segi saintifik, ialah untuk melegakan sakit gigi. Akarnya direbus dan airnya digunakan untuk berkumur. Air rebusan akar senduduk juga mujarab untuk dibuat mandi bagi melembutkan kaki serta membuang angin, sekali gus menyegarkan badan.
11) Pokok inai merupakan sejenis tumbuhan renek dari spesies lawsonia terma sekeluarga dengan lythraceae. Ia merupakan bahan penting dalam perubatan untuk meredakan demam, sakit kepala, gigitan serangga berbisa, sengal-sengal sendi dan juga penyakit kulit dan amat mujarab untuk mereka yang menghadapi masalah badan berbau. Kulit pokok, daun dan buah inai juga banyak digunakan dalam rawatan tradisional untuk mengubati pelbagai penyakit.
12) Bunga tahi ayam sejenis tanaman yang biasanya tumbuh liar di tepi jalan atau di kawasan tanah terbiar. Berasal dari keluarga Verbenaceae, bunga tahi ayam yang dikenali sebagai Lantana Camara Linn, dari segi saintifiknya, berkesan dalam perubatan tradisional untuk mengubati penyakit sengal tulang. Air ramasan daunnya juga mujarab untuk meredakan demam terutamanya dikalangan kanak-kanak.
Satu lagi kegunaannya yang juga dikenali sebagai bunga asam senyur disesetengah tempat, ialah untuk mengubati luka atau ulser. Kaedah yang sama juga turut digunakan untuk meredakan bengkak di mana-mana bahagian tubuh badan.
13) Kemunting Cina atau Tapak Dara adalah berkerabat dengan pohon Madagaskar periwinkle (catharantus roseus G Don). Pokok ini banyak terdapat di kawasan tropika. Hidup segar dan liar di daerah pantai. Terdapat dua jenis iaitu yang berbunga merah jambu dan berwarna putih. Madagaskar periwinkle mempunyai zat (vinblastin dan vinkristin) yang sudah dibuktikan boleh mengubati penyakit Hodgkin dan leukimia.
14) Mungkin ramai di antara kita tidak pernah mendengar nama ubi gadong. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti ubi nasi, tuba ubi, ubi cerok, ubi merah, ubi kendudok, dan ubi kipas. Nama saintifik, iaitu Dioscorea sp.
Terdapat 19 spesies termasuk Dioscorea hispida, Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata. Setiap spesies berbeza dari aspek fizikal dan kimia diantara satu sama lain. Dioscorea hispida mempunyai ubi yang berwarna kuning, ubi Dioscorea piscatorum berwarna kemerahan, dan ubi Dioscorea alata pula berwarna kuning kemerahan.
Apa yang aneh mengenai ubi ini ialah ubinya beracun. Ubi ini dijadikan sebagai racun ikan atau tuba ikan. Kajian saintifik menunjukkan bahawa ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun, dioscorine iaitu sejenis alkaloid yang larut di dalam air.
Ubi ini kaya dengan bahan yang disebut steroid. Steroid ialah sumber asli yang penting dalam penghasilan ubatan dan hormon. Saponin ini bersifat anti agregasi platlet iaitu saponin boleh menghalang pengetulan platlet di dalam darah. Secara tidak langsung saponin dapat menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis. Steroid juga boleh diproses untuk dijadikan hormon seks, pil pencegah hamil dan bahan kortison.
Tuesday, December 15, 2009
Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur
Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.
"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,"jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, Golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.
Thursday, November 26, 2009
GOLONGAN ORANG YANG AMAT MAKBUL DOANYA
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62)
Anak soleh yang taat kepada ibu bapa
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):
“Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya.
Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad)
Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir
Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud:
“Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud)
Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.
Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu...” (Riwayat Tirmidzi)
Orang dizalimi
Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman:
“Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari)
Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya
Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu.”
Rahmat Ujian
"Bukankah Subuh itu sudah tiba."
Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,
"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)
Monday, September 7, 2009
FADHILAT MEMBACA 7 SURAH..
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"
SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.
SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat)
Daripada Ma'qil ! Ibni Yasar berkata: "Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".
SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".
SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda: " Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"
SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!"
Dan Nabi saw bersabda: "saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".
SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda: "Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"
Fadhilat membaca surah Al-Mulk
(HR At Tarmizi)
(HR At Tarmizi)
(HR At Tabrani)
Thursday, September 3, 2009
Nak Cakap ke Tak??...
dipetik daripada: http://www.zahazan.net/
"Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam; barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya; dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.
( HR al-Bukhari dan Muslim )
HURAIAN
Kalimat “barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”, maksudnya adalah barang siapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah,
“maka hendaklah dia berkata baik atau diam” kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu ditakut kepada ancaman-ancaman-Nya, mengharapkan pahala-Nya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
Yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota ba dannya kerana kelak dia akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan semua anggota badannya, sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan diminta ber tanggungjawab.” (Al Isra’ (17) ayat 36)
Dan firman-Nya:
“Apa pun kata yang diucapkan pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid.” (Qaaf (50) ayat 18)
Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah s.a.w. juga pernah memberikan amaran :
“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengawal lidahnya.”
Para hukama sering menasihatkan
Pakar perubatan yang dimaksudkan adalah iman.Tepuk dada tanyalah iman, wajar aku berdiam atau memberikan pandangan ?
Tepuk dada tanyalah iman .....
Wednesday, August 26, 2009
Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
dipetik dari:(www.zaharuddin.net )
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Friday, August 7, 2009
Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah" Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat.
Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.
Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah.
Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari.
Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.
Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur... . dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe... Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps... . belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat.
Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur... ... . tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,
"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu... . Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,
"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali... .
" Whatttt ... 9 bulan 10 hari ... ..Beranaaak ... ... .Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk... !!!
Wednesday, August 5, 2009
Influenza A(H1N1) : Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.
Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :
A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
- Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan. - Berehat secukupnya.
- Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
- Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
- Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).
B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah
- Amalkan adab batuk yang baikPesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
- Tingkatkan penjagaan kebersihan diriPesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
- Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga. - Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
- Jangan kongsi peralatan peribadi. Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
- Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
- Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
- Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
- Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
- Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.
Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
- Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
- Batuk berdarah atau kahak berdarah
- Sakit dada berterusan
- Cirit-birit atau muntah yang kerap
- Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
- Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
- Rasa pening apabila berdiri
- Kurang kencing
Monday, August 3, 2009
Hikmah Sujud..
- 4 kali pada waktu Subuh
- 8 kali pada waktu Zuhur
- 8 kali pada waktu Asar
- 6 kali pada waktu Maghrib
- 8 kali pada waktu Isyak

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnye...
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh..
- melegakan sakit hernia(burut)..
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid..
- melegakan paru-paru daripada ketegangan..
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa..
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh..
- meringankan bahagian pelvis..
- memberi dorongan supaya mudah tidur..
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun sujud..
- pergerakan otot menjadi lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik..
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada..
- mengurangkan kegemukan..
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut..
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen..
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya...
Thursday, July 30, 2009
Mahu Tidur Lena???
Tidur yang lena akan menjadikan kesihatan kita lebih baik. Jangan rasa bersalah untuk tidur seketika pada waktu siang kerana itu akan menyihatkan tubuh.
Contohnya, tidur seketika sebelum masuknya waktu Zohor..ianya adalah sunat..Rasulullah sendiri tidur seketika pada tengah hari supaya tubuhnya lebih segar.
Anda mahu tidur lena..amalkan perkara berikut;
1) lakukan senaman ringan sebelum tidur seperti bacaan ringan atau berbual.
2) bacalah surah-surah pendek alquran seperti surah Al-Mulk
3) Amalkan teknik penafasan yang betul . Bernafas perlahan dan dalam-dalam.
4) Pastikan bilik atau ruang tidur itu sunyi tanpa gangguan.
5) Amalkan gaya hidup sihat seperti menjauhkan diri dari rokok, minuman beralkohol dan kurangkan pengambilan minuman berkafiena.
6) Basuhlah kaki sebelum tidur.
Pesanan orang tua ini juga ada logiknya. Kaki kita mungkin berhabuk atau kotor kerana memijak lantai di sekitar rumah.Apabila kita berbaring atau naik keatas katil, kotoran tersebut bertebaran atau berpindah ke cadar atau alas tilam kita. Tidur malam kita akan terganggu apabila badan mula gatal-gatal akibat dari kotoran di kaki kita tadi. Malah mungkin lebih teruk lagi jika semut mula naik ke cadar anda...awas! sebelum tidur intai-intailah kaki sendiri..
Kehebatan Wanita
"* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal
lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki
boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut
kehendaknya.
* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki
disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan
seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran
tanpa
melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan
kekuatan
agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri
beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.
KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh
menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan
perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada
kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di
mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang
diredhai
Allah.
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa
lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.
Layanan
baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja
mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan
dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat
penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:
"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya
Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa
dari
orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam
menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang
paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang
dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding
lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan
penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding
lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah
kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh
Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk
menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti
dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki,
kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut
perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian
melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan
ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud
hadis
Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan
di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan
diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).
Pasangan Ideal
Suatu hari, Mulla Nasruddin berjalan-jalan dengan seorang teman sambil bersembang.
"Besok saya bakal bernikah, Mulla" kata temannya dengan anda gembira.
"Bukankah perkahwinan itu menyenangkan? Apakah Mulla pernah berfikir untuk bernikah? tanya temannya.
Nasruddin tersenyum dan berkata,"Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain bernikah. Pada kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri yang sempurna sampai saya keliling dunia untuk mencarinya."
"Di Damaskus, saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan menyenangkan tapi dia tidak punya pengetahuan umum tentang dunia."
"Di Isfahan, saya bertemu pula dengan perempuan yang baik, cantik dan berpengetahuan luas, tapi dia sosial dan tidak tertarik pada kehidupan yang bertunjangkan keagamaan."
Tanya temannya,"Mulla seterusnya pergi kemana?" Nasruddin kembali tersenyum.
"Saya lupe ke mana saya, tapi saya bertemu dengan seorang perempuan yang benar-benar cantik, agamanya baik dan berpengetahuan luas tapi sayangnya, dia tidak mampu berkomunikasi dengan baik."
"Akhirnya saya ke Cairo dan di sana sesudah mencari ke sana sini, saya bertemu dengan calon yang pada pandangan saya cukup sempurna. Dia memiliki segala sesuatu yang saya dambakan sebagai seorang isteri selama ini. Dia benar-benar sempurna."
"Habis, kenapa Mulla tidak bernikah sahaja dengannya dan masih bujang kini?"tanya temannya hairan.
Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Nasruddin membalas: "Itulah. Dia juga mencari SUAMI YANG SEMPURNA."
"peringatan untuk diri sendiri ni"
Sahabat atau Musuh?
Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.
Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.
Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia.
Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah.
Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.
Wednesday, July 29, 2009
Teka-teki Imam Al-Ghazali
Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”
Saturday, July 25, 2009
RAHSIA SOLAT PADA AWAL WAKTU

Pukul 4 baru solat Zohor?
Solat Asar lak pkul 7.00 petang..
Solat Maghrib pukul 8.00 malam..asyik tengok tv..
bila mak ayah dah mula bising, barulah terkejar-kejar nak pi solat.
Isyak lak....?solat tak malam tadi, sebelum tidur...??
Cuba ingat semula, seawal mana kita menunaikan solat.
adakah seawal 5 minit selepas usai azan menandakan masuknya waktu solat atau 5 minit lagi nak masuk waktu solat berikutnya.
Tepuk dada, tanyalah iman.
tuan yang menulis ni pun kadang2, lalai jugak.
bila dah duduk depan laptop, semua benda tak ingat,.tapi bila terbaca tentang artikel ni, barulah tersedar tentang pentingnya solat di awal waktu.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Sunday, July 12, 2009
WHEN U MEET SOMEONE...
- Very often when we met someone, he or she belongs to someone else.
- It's so funny how we set qualifications for the right person to love, while at the back of our minds we know that the person we truly love will always be an exception
- There would come a time when we have to stop loving someone not because that person started hating us but because we found out that they'd be happier if we let them go
- You will know when you really love someone when you want him to be happy even if their happiness means you are not a part of it
- If someone comes into your life and becomes a part of you but for some reasons he/she couldn't stay, don't cry too much... just be glad that your paths crossed and somehow he/she made you happy even for a while
- There are some things that we never want to let go of... people we never want to leave behind; but keep in mind that letting go is not the end of the world, but rather it is the beginning of a new life
- Just because someone doesn't love you the way you want him or her to, doesn't mean they don't love you with all he or she have
- Remember that the best relationship is when your love for each other is greater than your need for each other
- Two tear drops were floating down the river. One teardrop said to the other, "I'm the teardrop of a girl who loved a man and lost him. Who are you? ... I'm the teardrop of the man who regret letting a girl go... Never let regret form part of your life.
- You'll know that you miss someone very much when every time you think of that person, your heart breaks into pieces and just a quick "Hello from that person can bring the broken pieces back.
- When you love someone, draw a circle around their name instead of a heart because hearts can be broken but circle never end
- Just a thought: What would you do if the only person who could make you stop crying is the person who makes you cry?
- "Every step I took since the moment I could walk was a step towards finding you." You don't want to let go; but it's even more painful to ask someone to stay if you can never make the relationship work out the way it should be.
- LOVE? it's kind of complicated, but I'll tell you This... The second you're willing to make yourself miserable to make someone else happy, that's love right.
- If I had the letters "HRT", I can add "EA" to get a "HEART" or a "U and get "HURT". But I'd rather choose "U" and get "HURT than have a "HEART" without U".
- Giving someone all your love is not an assurance that he will love you back. Don't expect love in return, wait for it to grow in his heart, if it doesn't, be contented it grows in you.
- It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone, and a day to fall in love with someone but it takes a lifetime to really forget someone you have grown to love.
Friday, July 3, 2009
Masalah Bau Badan..??
Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau
Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari
Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?
Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan
Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?
1. Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
2. Bau badan hilang selepas mandi
Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?
1. Gunakan sabun anti bakteria
2. Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)
Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan?
Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:
1. Kerapkan mandi
2. Selalu menukar pakaian
3. Memakai pakaian yang bersih
4. Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
5. Mencukur bulu ketiak
6. Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari
Saturday, June 20, 2009
Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis
berikut ialah antara aurat wanita yang wajib ditutup dan dijaga dan dipelihara supaya tidak mendapat kemurkaan Allah di samping mengelak perkara yang tidak diingini;
1. Bulu kening -Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) -"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian -"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada -"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi -'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani) -"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan -Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan -"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata -"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). -Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara) -"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32). -Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan -"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31). -"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar). -"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian -"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah). -"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. -"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut -"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
suruh atau minta la insan-insan yang anda sayangi dan hormati menutup dan menjaga aurat mereka supaya terpelihara kehormatan mereka dan anda, samada mereka itu:
1)ibu/emak/mama
2)kakak, adik perempuan
3) saudara perempuan (sepupu, anak saudara, emak saudara,dll)
4) kawan-kawan perempuan5) isteri
6) kekasih/tunang
7) anak
8) cucu-cicit perempuan
dan lain-lain yg anda kenali atau rapat agar tempias dosanya tidak terkena kepada anda...jika mereka tidak menutup aurat