Sunday, July 24, 2011

Senyum...Smile

senyum...kata orang satu sedekah...
kenapa?
kerana senyuman itu membawa berjuta rasa yang indah..
kerana senyuman itu memberi beribu harapan,
kerana senyuman itu melahirkan bermacam impian,
kerana senyuman itu menghangatkan kebekuan,

benar kata orang,
dengan senyuman, kita boleh jatuh cinta,
dengan senyuman, benci menjadi sayang,
dengan senyuman, dengki menjadi kasih,
dengan senyuman, lawan menjadi kawan...
dengan senyuman, duka menjadi suka,
dengan senyuman, air mata menjadi mutiara,
dengan senyuman, pahit menjadi gula,
dengan senyuman, suram menjadi cerah,
dengan senyuman, keruh menjadi jernih..


seperti berjuta insan lain,
kerana satu senyuman ini,
yang manis dan indah,
umpama sinar dan kehangatan,
hidup menjadi bermakna,
hidup kembali bersemangat,
hidup kembali ceria.

kerana senyumannya,
mimpi menjadi cita-cita,
angan bertukar harapan,
asa berubah ghairah,
lesu menjadi ceria.

semoga senyuman itu sentiasa terukir,
memberi sinar dan harapan,
membawa kebahagiaan dan kegembiraan,
menjadi motivasi dan galakan...



credit untuk sumber gambar: hyunjoong.henecia

Saturday, July 23, 2011

Kim Hyun Joong - Fortunate




Andai benar-benar memahaminya, ia benar-benar menyentuh hati.
credit untuk sumber MV ini: bosuhjvn channel youtube



...komawo :)

Akhirnya

setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya hati kembali terbuka untuk menyelak kembali laman ini.

hari ini, diri terasa amat bertuah kerana diberikan inspirasi dan kekuatan.
inspirasi yang datang daripada kejayaan orang lain.
kesungguhan dan kerja kerasnya meniupkan semangat baru dalam diri.
membuka laman hidup yang bukan baru, tetapi lebih bermakna.
bermakna bukan hanya pada diri sendiri, keluarga dan mereka yang terhampir,
tetapi juga berguna kepada semua makhluk Tuhan di atas muka bumi ini,
InsyaAllah, dengan kekuatan dan kelebihan kurniaan Tuhan

Saturday, May 8, 2010

C.I.N.T.A

semuanya kerana CINTA,
ada yang hidup kerana CINTA,
ada yang hidup untuk CINTA,
ada juga yg mati kerana CINTA,
mati juga untuk CINTA.

ada masa CINTA itu membahagiakan,
ada masa CINTA itu menyulitkan,
ada juga CINTA yang menyakitkan,
dan CINTA juga boleh membawa huru hara.

CINTA pada sang bunga,
akan layu jua akhirnya,
CINTA pada sang kumbang,
ia pergi, terbang tinggi tak kembali,
CINTA pada manusia,
pasti meninggalkanmu bila tiba masa,
CINTA kepada-NYA, tentu satu nan abadi.

CINTA tidak perlu memiliki,
CINTA tidak mesti menguasai,
CINTA tidak ada paksa,
CINTA tidak pasti bersatu.

walau tinggi menggunung CINTA-mu,
tidak abadi tanpa setia,
walau teguh waja CINTA-mu,
tidak kekal tanpa jujur,
walau sepenuh hati CINTA-mu,
tidak abadi tanpa iman.

andai benar CINTA-mu,
lepaskan CINTA mencari bahagia,
andai tulus CINTA-mu,
biarkan CINTA bebas berlari mencari diri,
andai suci CINTA-mu,
jangan ada ragu di hati,
andai luhur CINTA-mu,
kuatkan hati andai CINTA itu pergi nanti.

CINTA tidak wajib memiliki,
cukup jika dia bahagia melayari hidup,
biar tenang jiwamu nanti,
CINTA tidak semestinya di sisi selalu,
cukup ia ada dalam hati,
biar hanya kau yang rasai getarnya.
CINTA tidak perlu dilafaz selalu,
bimbang ia dibawa angin bertebaran,
biar ia diam di dalam hati.

bila CINTA ada di sisimu,
belailah CINTA sepenuh hati,
semai CINTA bersama iman,
pelihara CINTA bersama setia,
kuatkan CINTA dengan percaya,
andai CINTA tercipta untukmu,
pasti CINTA abadi menaut dua jiwa.

tapi,
bila CINTA itu pergi dari mu,
relakan CINTA membawa diri,
biarlah CINTA mencari yang lainnya,
beri masa untuk CINTA mengenal dunia,
ikhlaskan hati demi CINTA itu,
andai ada rindu di dalam CINTA,
pasti CINTA akan kembali kepadamu.

ku biarkan CINTA berlalu dariku,
ku lepaskan CINTA dari genggamanku,
bila CINTA itu tiada lagi getar di jiwa,
bila degupan jantung tak lagi melagukan CINTA,
bila CINTA tak mampu lagi mencipta mimpi.

ku tanya di mana silap CINTA-ku,
ku ukur kurangnkah CINTA-ku,
ku cari kemana CINTA itu pergi,
ku jejak tiap gerak CINTA itu,
ku pertaruh jiwa dan raga untuk CINTA itu,
akhirnya, ku sedar CINTA itu bukan untukku,
bukan CINTA itu yang tercipta untukku.

walau dalam sendu menangisi CINTA,
walau ada rindu mengiringi CINTA,
walau masih pedih dilukai CINTA,
ku yakin, ada CINTA lain untukku,
masa dan keadaan menjadi pertaruhan CINTA,
sampai saat dan ketika,
lagu CINTA akan kembali mendayu di jiwa.

InsyaAllah.

Tuesday, March 23, 2010

Guru Terbaik Dalam Hidup

benarlah kata orang PENGALAMAN adalah GURU TERBAIK dalam hidup. pengalaman mengajar banyak perkara dalam hidup kita. tidak kira pengalaman itu manis atau pahit, masam atau masin

jika manis pengalaman itu, tentunya ia mengajar kita erti kesyukuran. betapa perlunya kita mensyukuri nikmat yang diberikan Allah di atas kemanisan hidup yang diberikan. samada berjaya dalam hidup, mendapat durian runtuh, dapat naik pangkat atau naik gaji, mendapat cahayamata dan sebagainya semuanya wajib disyukuri..dan pengalaman itu mengajar kita menjadi hamba yang taat kepada Tuhannya iaitu Allah yang satu.

jika sebaliknya pengalaman yang kita tempuhi atau alami, tentunya ia mengajar kita erti ketabahan dan kesabaran. itulah pengalaman masam atau pahit. setiap yang terjadi perlu disedari dan diakui bahawa tentu ada hikmah di sebaliknya. jangan sesekali disalahkan takdir yang mendatang. sebaliknya kita diajar supaya redha dengan qada' dan qadar Tuhan. Namun, di sebalik itu, kita juga diajar supaya berusaha mengubah diri kita, menjadi orang yang lebih baik dan berguna. tentu di sebalik kegagalan itu terselit kesilapan atau kelemahan diri kita. jika tidak banyak, tentu ada sedikitnya. namun ada masa langsung kita tidak sedari.

kegagalan bukan mengajar kita supaya menjadi lemah. kesakitan juga bukan mengajar kita, bahawa kita tidak kuat. ia juga tidak mengajar supaya kita terus mengalah. ia memberi kesedaran kepada kita bahawa usaha yang kita lakukan mungkin belum cukup untuk mencapai kejayaan itu. tidak kita dalam bidang apa sekali pun. kerjaya, cinta, cita-cita atau persahabatan.

namun, jangan lalai dengan nikmat kebahagiaan dan kejayaan yang dikecapi. ia bukan mengajar kita untuk berhenti ditakuk itu. sebaliknya, ia memerlukan anjakan paradigma yang lebih besar lagi. supaya kenikmatan yang kita nikmati hari ini,bukan sahaja boleh dikekalkan tetapi juga mungkin boleh ditingkatkan. ia juga bukan mengajar kita untuk mendabik dada, meninggi diri dan menongkat langit. sebaliknya, ia perlu direnungkan betapa sukarnya kita berusaha untuk sampai ke tahap ini. juga perlu direnungkan bahawa betapa ramai lagi insan lain yang berusaha seperti kita, namun kita adalah insan terpilih yang diberikan peluang untuk menikmati kejayaan dan kebahagiaan ini. Alhamdulillah.

ketika ini, tadahlah tanganmu, pandanglah ke langit dan senyumlah kepada Tuhan yang mencikptakanmu dari setitis air, langsung menjadi daging, dan membalut tulang-temulang. hingga ditiupkan nyawa ke dalam jasatmu yang lengkap dengan ciptaan terindah. bersyukurlah di atas kelahiranmu kedunia, atas ihsan dan kasih sayangNYA, Allah yang satu. panjatkanlah kesyukuranmu di atas pengalaman sebuah kehidupan yang diberikan oleh Tuhanmu itu. tiada pengalaman yang lebih indah dan manis, selain dari pengalaman menikmati kasih sayangNYA.

sedarlah bahawa setiap pengalaman yang pahit itu datang, bukan untuk melemahkan dirimu tetapi sebaliknya adalah untuk menjadikan dirimu lebih kuat dan tabah. sedarlah juga bahawa dirimu itu masih disayangi dan diberikan perhatian. kamu terpilih dari berjuta manusia untuk diberikan teguran itu supaya kamu tidak lali, atau tidak lena dengan kenikmatan yang diberikan. lalu kamu telah diberikan cubaan atau ujian terlebih dahulu. kenapa ia terjadi begitu??? supaya kelak, kala kamu menikmati kebahagiaan, kamu tidak akan lupa akan mereka yang berada di belakangmu, tidak lupa kepada mereka yang berada di bawahmu, dan yang paling penting tidak lupa akan DIA yang berada di atasmu itu.

bersyukurlah dengan setiap pengalaman hidup yang mendatang. jangan ditangisi andai ia bukan pengalaman yang seperti dijangkakan. jangan dirusuhi jika ia tidak semanis yang kamu inginkan. sebaliknya juga, jangan leka pula dengan kenikmatan yang dikecapi hari ini. teruslah bersyukur, teruslah berusaha supaya kamu mampu menjadi insan terpilih yang diberikan kenikmatan itu.

Alhamdulillah.. :)

Tuesday, March 16, 2010

SEMACAM JEE...


Hari ni rasa semacam je..ntah kenapa..
tiba-tiba datang semangat baru..semangat yang lain dari biasa..
keazaman ni memang selalu dah datang , tapi kali ni lain macam skit.
harap-harap, kali ni, berkekalan.

tiba-tiba terasa yang tak berbaloi menangisi sesuatu yang dah hilang
menangisi seseorang yang tak menghargai pemberian kita
menangisi peristiwa yang tidak mendatangkan faedah
menangisi takdir yang tentu ada hikmahnya, cuma belum sampai masa untuk dinikmati.

biarlah hari semalam menjadi hari terakhir semua tu terjadi.
dan harapnya, jiwa ini akan terus kental untuk menghadapi setiap detik yang mendatang.
harapnya, diri ini akan terus redha dengan qada dan qadar yang ditentukan Allah.

nak melupakan memang susah kerana ia sudahpun terpahat dalam hidup
ia menjadi sejarah hidup yang tak mampu terpadam
ia telah terpahat sebagai satu pengalaman yang mengajar erti kehidupan.

ia boleh diingat supaya ia menjadi teladan
ia boleh dikenang supaya ia menjadi pedoman
ia akan menjadi satu pengajaran dalam hidup yang amat beerti
yang pasti ia takkan dikesali sama sekali
ia adalah sejarah hidup yang amat bermakna dalam hidup

Monday, March 15, 2010

TERUS SENDIRI..


Ya Allah,
bila semua ini akan berakhir...
Bila kerinduan ini akan surut
Bila mampu ku berhenti menyebut namanya
Bila akan pudar semua memori dari ingatan
Bila segenap rasa ini akan beransur hilang
Bila luka di jiwa akan kering
Bila rawan di hati akan kembali afiat
Bila gelora rasa akan kembali reda

Semuanya takkan jadi seperti dulu lagi,
Semuanya takkan sama sebelum dia hadir,
Semuanya takkan kembali ke asalnya
semuanya memberi parut yang dalam,
Semuanya takkan berulang lagi...

Berkali ku berjanji pada diri,
Berhentilah menangisi pemergiannya
Berhentilah bersedih atas keterlanjuran dia
Berhentilah berharap agar dia kembali lagi
Berhentilah mengenangnya lagi,
berhentilah mengait rindu lagi
Berhentilah menganyam angan untuk bersama lagi

Berkali ku pujuk hati
Tabahlah hadapi semua ini
Tegarlah berdiri walau dia tiada di sisi
Kuatlah menepis bisikan rindu ini
Taguhlah menangkis angan yang kembali
Sabarlah menunggu hari dinanti
Bila semua ini akan berlalu jua

Berkali ku yakinkah diri
Dia bukan untukku lagi
Dia tak mampu ku miliki
Dia telah pergi dari sisi
Dia telah mungkir pada janji
Dia telah dimilik insan lain
Dia telah bahagia dengan hidupnya
Dia telah lupa akan diri ini

Aku yakin, aku mampu berdiri
Tapi biarlah masa terus meniti
Biarlah semua ini beransur pergi
Biarlah hati akan terpujuk sendiri
Biarlah aku terus sendiri
Biarlah aku terus di sini
Kerana dia tetap akan pergi
Kerana dia tetap takkan kembali
Kerana dia takkan ku miliki
kerana dia telah menjadi memori