Saturday, May 8, 2010
C.I.N.T.A
ada yang hidup kerana CINTA,
ada yang hidup untuk CINTA,
ada juga yg mati kerana CINTA,
mati juga untuk CINTA.
ada masa CINTA itu membahagiakan,
ada masa CINTA itu menyulitkan,
ada juga CINTA yang menyakitkan,
dan CINTA juga boleh membawa huru hara.
CINTA pada sang bunga,
akan layu jua akhirnya,
CINTA pada sang kumbang,
ia pergi, terbang tinggi tak kembali,
CINTA pada manusia,
pasti meninggalkanmu bila tiba masa,
CINTA kepada-NYA, tentu satu nan abadi.
CINTA tidak perlu memiliki,
CINTA tidak mesti menguasai,
CINTA tidak ada paksa,
CINTA tidak pasti bersatu.
walau tinggi menggunung CINTA-mu,
tidak abadi tanpa setia,
walau teguh waja CINTA-mu,
tidak kekal tanpa jujur,
walau sepenuh hati CINTA-mu,
tidak abadi tanpa iman.
andai benar CINTA-mu,
lepaskan CINTA mencari bahagia,
andai tulus CINTA-mu,
biarkan CINTA bebas berlari mencari diri,
andai suci CINTA-mu,
jangan ada ragu di hati,
andai luhur CINTA-mu,
kuatkan hati andai CINTA itu pergi nanti.
CINTA tidak wajib memiliki,
cukup jika dia bahagia melayari hidup,
biar tenang jiwamu nanti,
CINTA tidak semestinya di sisi selalu,
cukup ia ada dalam hati,
biar hanya kau yang rasai getarnya.
CINTA tidak perlu dilafaz selalu,
bimbang ia dibawa angin bertebaran,
biar ia diam di dalam hati.
bila CINTA ada di sisimu,
belailah CINTA sepenuh hati,
semai CINTA bersama iman,
pelihara CINTA bersama setia,
kuatkan CINTA dengan percaya,
andai CINTA tercipta untukmu,
pasti CINTA abadi menaut dua jiwa.
tapi,
bila CINTA itu pergi dari mu,
relakan CINTA membawa diri,
biarlah CINTA mencari yang lainnya,
beri masa untuk CINTA mengenal dunia,
ikhlaskan hati demi CINTA itu,
andai ada rindu di dalam CINTA,
pasti CINTA akan kembali kepadamu.
ku biarkan CINTA berlalu dariku,
ku lepaskan CINTA dari genggamanku,
bila CINTA itu tiada lagi getar di jiwa,
bila degupan jantung tak lagi melagukan CINTA,
bila CINTA tak mampu lagi mencipta mimpi.
ku tanya di mana silap CINTA-ku,
ku ukur kurangnkah CINTA-ku,
ku cari kemana CINTA itu pergi,
ku jejak tiap gerak CINTA itu,
ku pertaruh jiwa dan raga untuk CINTA itu,
akhirnya, ku sedar CINTA itu bukan untukku,
bukan CINTA itu yang tercipta untukku.
walau dalam sendu menangisi CINTA,
walau ada rindu mengiringi CINTA,
walau masih pedih dilukai CINTA,
ku yakin, ada CINTA lain untukku,
masa dan keadaan menjadi pertaruhan CINTA,
sampai saat dan ketika,
lagu CINTA akan kembali mendayu di jiwa.
InsyaAllah.
Tuesday, March 23, 2010
Guru Terbaik Dalam Hidup
jika manis pengalaman itu, tentunya ia mengajar kita erti kesyukuran. betapa perlunya kita mensyukuri nikmat yang diberikan Allah di atas kemanisan hidup yang diberikan. samada berjaya dalam hidup, mendapat durian runtuh, dapat naik pangkat atau naik gaji, mendapat cahayamata dan sebagainya semuanya wajib disyukuri..dan pengalaman itu mengajar kita menjadi hamba yang taat kepada Tuhannya iaitu Allah yang satu.
jika sebaliknya pengalaman yang kita tempuhi atau alami, tentunya ia mengajar kita erti ketabahan dan kesabaran. itulah pengalaman masam atau pahit. setiap yang terjadi perlu disedari dan diakui bahawa tentu ada hikmah di sebaliknya. jangan sesekali disalahkan takdir yang mendatang. sebaliknya kita diajar supaya redha dengan qada' dan qadar Tuhan. Namun, di sebalik itu, kita juga diajar supaya berusaha mengubah diri kita, menjadi orang yang lebih baik dan berguna. tentu di sebalik kegagalan itu terselit kesilapan atau kelemahan diri kita. jika tidak banyak, tentu ada sedikitnya. namun ada masa langsung kita tidak sedari.
kegagalan bukan mengajar kita supaya menjadi lemah. kesakitan juga bukan mengajar kita, bahawa kita tidak kuat. ia juga tidak mengajar supaya kita terus mengalah. ia memberi kesedaran kepada kita bahawa usaha yang kita lakukan mungkin belum cukup untuk mencapai kejayaan itu. tidak kita dalam bidang apa sekali pun. kerjaya, cinta, cita-cita atau persahabatan.
namun, jangan lalai dengan nikmat kebahagiaan dan kejayaan yang dikecapi. ia bukan mengajar kita untuk berhenti ditakuk itu. sebaliknya, ia memerlukan anjakan paradigma yang lebih besar lagi. supaya kenikmatan yang kita nikmati hari ini,bukan sahaja boleh dikekalkan tetapi juga mungkin boleh ditingkatkan. ia juga bukan mengajar kita untuk mendabik dada, meninggi diri dan menongkat langit. sebaliknya, ia perlu direnungkan betapa sukarnya kita berusaha untuk sampai ke tahap ini. juga perlu direnungkan bahawa betapa ramai lagi insan lain yang berusaha seperti kita, namun kita adalah insan terpilih yang diberikan peluang untuk menikmati kejayaan dan kebahagiaan ini. Alhamdulillah.
ketika ini, tadahlah tanganmu, pandanglah ke langit dan senyumlah kepada Tuhan yang mencikptakanmu dari setitis air, langsung menjadi daging, dan membalut tulang-temulang. hingga ditiupkan nyawa ke dalam jasatmu yang lengkap dengan ciptaan terindah. bersyukurlah di atas kelahiranmu kedunia, atas ihsan dan kasih sayangNYA, Allah yang satu. panjatkanlah kesyukuranmu di atas pengalaman sebuah kehidupan yang diberikan oleh Tuhanmu itu. tiada pengalaman yang lebih indah dan manis, selain dari pengalaman menikmati kasih sayangNYA.
sedarlah bahawa setiap pengalaman yang pahit itu datang, bukan untuk melemahkan dirimu tetapi sebaliknya adalah untuk menjadikan dirimu lebih kuat dan tabah. sedarlah juga bahawa dirimu itu masih disayangi dan diberikan perhatian. kamu terpilih dari berjuta manusia untuk diberikan teguran itu supaya kamu tidak lali, atau tidak lena dengan kenikmatan yang diberikan. lalu kamu telah diberikan cubaan atau ujian terlebih dahulu. kenapa ia terjadi begitu??? supaya kelak, kala kamu menikmati kebahagiaan, kamu tidak akan lupa akan mereka yang berada di belakangmu, tidak lupa kepada mereka yang berada di bawahmu, dan yang paling penting tidak lupa akan DIA yang berada di atasmu itu.
bersyukurlah dengan setiap pengalaman hidup yang mendatang. jangan ditangisi andai ia bukan pengalaman yang seperti dijangkakan. jangan dirusuhi jika ia tidak semanis yang kamu inginkan. sebaliknya juga, jangan leka pula dengan kenikmatan yang dikecapi hari ini. teruslah bersyukur, teruslah berusaha supaya kamu mampu menjadi insan terpilih yang diberikan kenikmatan itu.
Alhamdulillah.. :)
Wednesday, December 30, 2009
TENTANG DIA
Akhirnya, terjawab sudah apa yg menjadi tanda tanya selama ini. walaupun hati masih ada sedikit berat untuk menerima, tapi akan diusahakan supaya terus ikhlas dengan ketentuan Allah. pasti ada baiknya yang mungkin hari ini belum aku nampak. harap, bila sampai masa dan ketika itu, aku takkan pernah menyesal dan menyalahkan ketentuan ini. Janji..
sebelum tidur, seperti biasa selepas membaca apa2 yang patut, aku akan berdoa. kelaziman yang kau lakukan sejak akhir-akhir ini. bukan dulu tak berdoa. tapi makin kerap lak sekarang. itulah kelemahan aku yang paling sukar untuk diperbaiki. meminta dan berdoa bila betul-betul dalam keadaan terdesak atau pada saat amat-amat memerlukan. tetapi, aku alpa dan lalai bila kemahuanku itu dimakbulkan oleh Allah. manusia mudah lupa. manusia itu adalah aku.
aku berdoa kepada Allah, supaya diberikan satu petunjuk yang nyata, adakah "dia" memang bukan untukku. aku bermohon agar diberikan petunjuk yang jelas, adakah "dia" bukanlah lelaki yang ku cari. sebelum ini, bukan aku tidak pernah memohon doa seperti itu, ada, acap kali. tetapi, manusia degil seperti adanya aku, memang payah, memang menyusahkan. aku memohon sesuatu yang lebih jelas dan nyata. mungkin inilah yang ku tunggu dari dulu.
harapnya itu benar-benar satu petunjuk dari Allah. sesuatu yang akan membuat hatiku akur dan tunduk kepada ketentuan Illahi.
aku bermimpi berada disebuah majlis keramaian. tapi, ketika itu, tetamu tak rmai. suasana juga tidak hingar bingar, tenang dan tenteram. aku tau dan sedar akan kehadiran "dia" di situ. tapi, yang hairannya, puas ku cari "dia" tapi tak ketemu. aku terdengar namanya diseru, dipanggil, dan aku juga dengar akan suaranya, terngiang-ngiang akan gelak tawanya. dan aku terbau wangian yang biasa "dia" gunakan, tapi yang anehnya, aku langsung tidak dapat melihat wajahnya. aku langsung tidak nampak kelibatnya, rupa parasnya, bentuk tubuhnya. sepertinya dia lutsinar. sepertinya dia tidak pun berada di situ. aku merapati satu persatu jemputan di majlis itu, namun tidak juga ku ketemu. akhirnya aku sendiri yang mengalah dan berputus asa.
kesimpulannya?????
aku sahaja yang masih mengingatinya, mengharapkan "dia". masih terdengar-dengar suara, gelak tawa, terbayang senyum manis. jelas dan nyata raut wajah dan susuk tubuhnya. tetapi, "dia" telah lama meninggalkan aku. "dia" telah lama pergi dariku. dia telah lama melupakan aku, mungkin. "dia" pastinya sedang berbahagia bersama keluarga. "dia" pastinya tak mengharapkan ku lagi. "dia" tentunya takkan berpaling lagi kepadaku. "dia" tetap akan di sana.
"dia" memang sentiasa ada di dalam hidupku kerana "dia" adalah sebahagian dari pengalaman hidup. takkan mampu dinafikan. "dia" akan sentiasa dalam ingatan, kerana "dia" pernah memberikan kenangan kepada hidupku. takkan mampu dipadam. "dia" akan sentiasa ada dalam duniaku kerana, dia pernah memiliki sesuatu yang berharga milikku, iaitu "hati". walaupun "dia" telah memulangkan semula miliku itu, tapi ia takkan pernah sama lagi seperti dulu.
berhentilah mengharap wahai hati. berhentilah mengingatinya. berhentilah berfikir tentanya lagi. berhentilah menganyam angan-angan dan impian. berhentilah dari terus menyiksa hati sendiri. berhentilah menyakitkan perasaan sendiri.
iya, hari ini aku telah cuba menghentikan semuanya. aku telah cuba melakukan yang terbaik untuk diriku. aku telah cuba untuk meneruskan hidup dengan menerima hakikat "dia" hanya tinggal kenangan.
walaupun, belum sepenuhnya mampu berhenti dari mengingati dan berfikir tentang dia, setidak-tidaknya aku sudah "sedar" dan "terjaga"dari lena yang aku sendiri ciptakan. yang aku sendiri enggan hentikan selama ini. kerana aku "suka" dan "rela" berada dialam impian itu. hari ini, aku telah membangunkan diriku sendiri. hari ini aku telah dengan relanya menamatkan lenaku yang panjang itu.
harapnya, aku takkan kembali "lena", harapnya aku takkan kembali "alpa". harapnya, aku akan terus jaga untuk terus mencari cintaku. harapnya aku akan terus bersedia untuk terus mencari yang "berhak" memiliki aku. InsyaAllah.
aku akan tidur dalam senyuman yang amat manis malam ini. Hope...InsyaAllah
Wednesday, December 2, 2009
Yang tersirat disebalik yang tersurat..
ada yang baik, ada yang buruk..
ada yang manis, ada yang pahit..
ada yang indah, ada yang sebaliknya..
ada yang boleh kita terima dengan hati terbuka..
tetapi ada juga yang tak mampu kita terima..
dengan keredhaan dan penuh keikhlasan..
ada juga yang terjadi itu membuat kita keliru,
tak mampu difahami,
ada juga yang terjadi diluar dugaan kita,
apa yang terjadi tidak berlangsung seperti yang dimahukan,
ada yang berlangsung tidak seperti yang kita rancang,
ada juga yang kita rancang..
tidak berjalan seperti yang kita inginkan.
kita selalu tertanya-tanya kenapa yang ini jadi begitu,
dan kenapa yang itu jadinya begini,
kenapa yang indah diinginkan tetapi sebaliknya yang terjadi,
kenapa yang baik diidamkan tetapi yang terbalik diperolehi,
kenapa yang manis dicita-citakan tetapi yang masam kita rasai.
sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI,
apa yang terbaik buat kita..
DIA LEBIH MENGETAHUI apa yang terbaik untuk kita.
apa yang terjadi adalah aturan hidup,
apa yang berlaku adalah qada' dan qadar Tuhan,
baik, buruk, masam, manis, pahit,
semuanya adalah pengalaman hidup,
jangan sekali-kali mempersoal atau mempertikaikannya
apa yang baik itu,
tidak semuanya sesuai untuk kita,
tidak semuanya kita perlukan,
apa yang kurang baik itu,
tidak semuanya buruk untuk kita,
DIA lebih mengetahui,
DIA yang menentukannya,
yang baik tidak semunya baik juga jadinya..
apabila jatuh ke tangan kita,
kerana kita dibekalkan dengan nafsu..
adanya bisikan syaitan,
yang manis akan menjadi pahit..
jika nafsu dan bisikan syaitan diturutkan,
yang kurang baik tidak semuanya buruk selama-lamanya,
bila ia ada di hadapan kita..
kerana kita dibekalkan dengan iman dan akal,
racun akan bertukar ubat jika iman dan akal diselarikan..
kesabaran menjanjikan kemanisan,
ketabahan menjanjikan kecekalan,
keredhaan menjanjikan keikhlasan,
usaha menjanjikan kejayaan,
tawakkal menjanjikan kerendahan hati..
dugaan yang datang bukan untuk menyakitkan,
boleh jadi ia kifarah kepada dosa yang dilakukan,
ujian yang datang bukan untuk merendahkan kemampuan,
adaka kala ia menguji sejauh mana kekuatan iman,
musibah yang hadir bukan untuk menjatuhkan,
mungkin ia peringatan kepada kealpaan,
kekurangan yang ada bukan untuk menyusahkan,
ia adalah motivasi untuk lebih berusaha,
kelebihan yang ada bukan untuk dibanggakan,
ia adalah untuk melengkapkan apa yang tiada,
bersyukurlah dengan apa yang ada,
bersyukurlah dengan apa yang diberikan.
yang pahit terjadi hari ini, akan manis pada masa depannya,
yang duka hari ini, akan bertukar suka bila sampai masanya.
yang susah hari ini, akan mudah akhirnya bila kita berusaha.
yang pedih hari ini, akan indah bila tiba ketikanya..
itu janji TUHAN bagi mereka yang redha dengan ketentuan.
itu balasan bagi mereka yang berusaha tanpa asa..
itu hadiah bagi mereka yang bertawakkal hanya padaNYA.
itu persembahan bagi mereka redha dengan ujian dan dugaan.
setiap yang terjadi ada hikmahnya..
setiap yang berlaku ada ikhtibarnya..
setiap yang berlangsung ada balasanya..
hari ini kita mungkin tak mampu melihat baiknya..
atas musibah yang datang..
hari ini kita mungkin tak merasai kemanisan ujian Tuhan..
kita akan menikmatinya jika kita redha dengan semua yang terjadi..
kita akan merasainya jika kita ikhlas menerima.,
jika kita tak lupa untuk terus berusaha..
jika kita tak berhenti untuk berdoa..
jika kita tak lupa akan DIA YANG SATU..
Sunday, November 22, 2009
MUHASABAH DIRI..VERSI PUTUS CINTA
putus cinta...memang ler sedey beb....sape kata putus cinta tuh best...mau tak makan seminggu...tak tidur seminggu, menangis siang malam...mujur boleh mandi...kalau tak seminggu tak mandi...kes naya tuh....
hari ni baru berpeluang utk bermuhasabah diri selepas hampir sebulan putus cinta. barulah nampak ape yang tak nampak sebelum ni. barulah terang sikit mata hati....hahahaha..dan yang pastinya barulah ada masa nak nulis kt blog ni. sebelum dok sebok bercinta jer...sampai terabai blog ni..orang lain nak wat blog, gatal nak wat jugak..tapi, hampeh...pemalas nk update...
berbalik kepada topik asal. muhasabah diri versi PUTUS CINTA daaaa...
1) telefon/hp
dalam bercinta HP adalah antara subjek paling penting. takde phone, memang tak berjalan ler cinta. betul ker? orang dulu boleh jer bercinta....tu orang dulu, belum ade kemudahan camni. zaman sekarang ni phone tu dh jadi keperluan. dulu, mase bercinta, Hp tu kalau bole nak gantung kt leher. tapi sbb hp du gedabak besar dan berat, tak bole la..kalau hp canggih@mahal takpe gak. hp tu kena sentiasa ada di sisi. kalau tak, rase cam putus nyawa jer. sebab, itulah penyambung nyawa percintaan.
dulu, mase bercinta..kalau pi kerja, tapi hp tertinggal kat umah, sanggup patah balik tu. w/pun dah separuh perjalanan ke tmpat kerja. mujur la my skool dkt jer dgn umah.. kalau tak kes naya tuh.
kalau kt umah lak, hp tu sentiasa ada kt sbelah. pantang berbunyi, mesti ingt dia yg call atau sms. kalau bole, taknak ade missed call pun dr dia, semua call tu nk dijawab pd mase dan ketika tu jgak..sms lak, sure punya terus balas, takde tunggu2 lagi dah. sanggup bwk hp smpai dlm toilet...huhuhu...nazak tol la.
time nk tido lak..hp tu wajib ade kt tepi telinga. sebab kalau die call/sms time dh tido, bole tejaga dgn cepatnya. tapi kalau dh tido mati tu, takde dgr pun..layan tidor, kdg2 lagi best..
tpi sekarang ni, bile putus cinta. hp yg ori tu dh jadi cam hp botol air yg mase kecik2 dlu, mak ayah belikan tok bwk bekal pi tadika. ntah mane letaknya hp tu pun dh tak amik kisah. kt bawah bantal ke, bwh sofa ke, dlm hangbag ke, jagn masuk lubang tandas sudah..sebab tak cukup fulus nk beli baru...huhuhu..asalkan time nak tidur ade kt tepi bantal...sebab takot terbabas tidur, sampai tak solat subuh pagi esoknya...
2. aktiviti harian
dulu, mase bercinta, semua aktiviti harian cam tak teratur je..sebab setiap mase dia je dlm kepala..time mengajar, time shopping, time nak tidur, time basuh baju. pendek kata, dari pagi sampai petang, dia jer yg ada dalam kepala..kronik tol la..
tapi sekarang, dah kembali kepada sebelum jumpa dia, suka hati nak buat apa dan suka hati jer nk pikir ape. free je rase. takyah susah2 nk pikir dia dah makan ker, dia dh balik kerja ke, dia dah sampai umah ker, die selamat smpai ke tempat kerja ker,dia sihat ker...best gak kalau camni...huhuh..takyah juga curi2 mase utk sms dan email dia..skrang bole main game lgi...bole chat dgn kawan2 smpai kol 1-2 pg..
3. masa berdating
dulu, dia memang suka wat kejutan. kalau dia nk jumpa, tibe2 jer dah sampai. tanpa ade bg warning atau, berjanji awal2 lgi. tup2 dpt sms, "saye OTW pi umah awak ni"..tak ke naye tuh..tapi sebab dialah "pojaan hatiku" diikutkan juga la. so, mase dgn dia dulu, jarang dah pi merewang sorang2..selalunya dok umah jer..sebab risau kalau tibe2 jer dia nk ajak keluar..memang kronik. itulah penangan CINTA.
sebab pernah jadi, die datang, aku takde kat umah. dia kena tunggu lak. pastu berkejar-kejar, sbb taknak dia tunggu lama. walhal, memang dia selalu kena tunggu pun..maybe tu yg me kena reject gaknyer...huhuhu..pernah jugak, aku kt atas katil lagi, tibe2 dpt 'sms'..'saye ada kt bawah ni, jom pi minum'..adoi..memang memerlukan kesabaran. tapi, sebab CINTA punya pasal, ikut jer ler..asalkn hati bahgia..
sekarang ni,semuanya bebas,..kalau bole nak terbang sampai langit tujuh,..takyah lagi nak fikir..bila nk dating,..bila nk jumpe..bila nk pi makan same2...
4) rancangan masa depan.
dulu, ape yang dirancang, semuanya akan fikir pasal dia dulu. dalam apa2 perancangan mesti ada nama dia. sebab, ingatkn hubungan tu kekal hingga ke jinjang pelamin, dan hingga akhir hayat. tapi, kita jsut merancang, selebihnya, Allah yang tentukan. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
sekarang, diri sendiri yang diletakkan ditempat pertama dalam apa juga rancangan masa depan yg dibuat. dia??? biarlah dia bahagia dengan keluarga dia. harap dia mendoakan aku juga.hehehe...sekrang, ape2 nk buat, semuanya, fikir pasal diri sndiri dan famili jer..takde lagi pikir dan ingt pasal dia. tpi, hati tetap bersedia, utk pengganti dia...hope..insyaAllah.
********************
banyak sebenarnya yang berubah dalam hidup selepas putus cinta. tapi semua perkara yang jadi, ada baik dan ada buruknya.
ape2 pun...semua yg jadi perlu diterima dengan hati yang terbuka, dengan fikiran yang waras dan dengan kematangan tindakan. apa yang kita nak tak semuanya kita dapat sebab adakala ia bukan keperluan kita pun. tapi sebab ada nafsu, kalau bole semuanya dalam dunia ni, kita nak...padahal, bukan kita perlu pun. just kehendak jer...kehendak tak perlu diturutkan sangat. jangan ajar diri utk memenuhi semua kehendak...yang susah nnti, diri sendiri jugak...
sejarah membuktikan CINTA boleh mengubah dunia. CINTA boleh mengubah kejahatan menjadi kebaikan. CINTA boleh mengubah manusia menjadi syaitan.(manusia berwajah syaitan). CINTA boleh mengubah segala-galanya, jika diturutkan...
Sunday, November 15, 2009
SOALAN YANG TIADA JAWAPAN...
kenapa dia nak berahsia?
kenapa dia diam?
sampai bila dia nak rahsiakan?
sampai bila dia taknak bagitau?
sampai bila dia nak terus diam seribu bahasa?
bila masanya dia akan bersedia untuk bagitau?
bila masanya dia akan bersedia untuk terangkan semua yang jadi?
bila masanya dia akan bersuara?
apa yang dia rasa?
apa yang dia pendam?
apa yang bermain dalam kepada?
apa yang dia fikirkan?
memang dia macam tu dari dulu,
memang dia seperti itu lagaknya,
memang dia tak banyak bicaranya,
memang dia tak mudah untuk difahami,
memang dia tak senang untuk didekati,
memang dia tak mesra digauli.
memang dia ada di mata,
tapi tiada di hati.
memang dia ada di hadapan,
tapi tiada di sisi.
memang dia ada di sini,
tapi dia juga ada di sana.
memang,
itulah dia yang aku kenali,
itulah dia yang aku fahami,
itulah dia yang aku tahu.
itulah dia dari dulu, hingga kini,
penuh dengan teka teki,
penuh dengan tanda tanya.
banyak soalan yang terbit,
banyak soalan yang nak ditanya,
banyak soalan yang bermain dalam kepala,
banyak soalan yang nak dibicara.
tapi aku tau,
semua soalan itu tiada jawapan,
sampai bila-bila pun
aku takkan ketemu jawapan,
aku takkan mampu tau jawapannya.
aku juga tak mampu nak menjawabnya sendiri.
dan pastinya semua persoalan itu,
hanya tinggal soalan...
MUHASABAH DIRI VERSI UPSR
cuti sekolah dah start...1 bulan lebih tak jumpe budak2..1 bulan lebih juga lah akan melangok kt umah tandapa ade keja yg khusus..mase tak cuti sekola, dok kata penat jer tak abis-abis..mase tu lah dok pikir, bila nak cuti ni..tapi bila dah cuti, dok pikir plak bila nak abis ni????itulah manusia, terutamanya "aku"..susah betul nak bersyukur...mase tgh busy, dok minta mase free..tapi bile dh dpt mase free, tak hingat nk gunakan dgn betul..
arini nak bermuhasabah diri versi UPSR.. tahun ni 1st time ngaja budak2 jah 6, juga 1st time mengajar aliran perdana..sebelum ni mengajar budak2 PEMULIHAN KHAS..iaitu budak2 taktau atau tak boleh membaca dengan lancar.dulu, de 2 subjek je..math dgn BM..ngaja pun senang.
tiap2 hari ngaja menulis dan membaca..kalau subjek BM la..kalau Maths lak, ngaja mengira, tambah tolak, basic darab..tu jer..just nak bagi bduak2 ni boleh nak jalani hidup yang basic bila berada diluar sekolah.bole pegi kedai n beli barang tanpa ditipu, tanpa rasa rendah diri sebab tak pandai membaca atau mengira..
tapi, sepanjang mengajar kelas Pemulihan dulu, kerja banyak juga. kena wat bahan bantu mengajar, kena wat lembaran kerja, kena kemas kelas, kena kemas kini fail, kena pi kursus. semua tu kena wat sendiri sebab, cikgu Pemulihan hanya ada satu dalam satu sekolah. dan yang paling berat, tanggungjawab nak bagi my lovely student tu pandai membaca, menulis dan mengira. bukan kecik t/jawab tu...
tapi, dalam 5 tahun as cikgu Pemulihan, Alhamdulillah, tiap2 tahun murid2 Pemulihan berkurang. w/pun bukan cikgu pemulihan sejati..hehehetak pernah belajar pun camne nak ngajar budak2 yang camtu..tapi, best ape ngajar diorang, relax jer sbb bduak tak ramai, dan diorang tak wat peel...
2009, cabaran besar skit. dah la, tak pernah ngaja kelas biasa. kena lak jah 6, lagi le kecut perut. budak2 pun tak biase dgn aku..huhuhubila masuk kelas diorg, cam pelik jer diorg pandang. tapi, alah bisa tegal biasa. "cikgu"..campak lah kemana pun, semua bisa diurus. yang penting kena pandai goreng budak2..hahahaha..jangan sampai rentung usah ler..
keputusan UPSR skolah keseluruhannya, menaik. tapi dalam 3 years terakhir ni, tahun ni paling kurang pencapaian 5A. % Maths lak..Alhamdulillah, menaik..dan yang paling best..terbaik dalam 5 tahun terakhir....berjaya jugak la rupanya percubaan pertama ni..tapi, bukan sorang je yang ngajar..my pren yg tu lagi best..dia kot yg bagi sumbangan lagi banyak...
tapi, yang paling best, my fav student dapat 'A' dalam Maths...hureeeeyy...w/pun dia tak dpt '5A', tapi yg pentingnya...MAths dia A...ade 2 org lagi my student yang dapat 'A' dlm Maths...salah satu darinya, dapat '5A'...tapi, tak sampai target..ade 4-5 orang yang aku target dapat 'A'..tapi tak dapat. buka rezeki diorang agaknya. we all dh cuba yang terbaik..sampaikan bulan puase pun wat kelas tambahan.de yang dapat 'B'..dan ade gak yang aku target tu dapat 'C'..adoi...biase die okay jer..slalunyer dapat 'B'..dlm 75-78 mark die dlm ujian yg sblum ni..
takpelah, bukan rezeki aku nak dapat yang terbaik tahun ni. yelah, pengalaman baru setahun jagung...yang pasti, next year..have to try the best....hope..InsyaAllah....
GOOK LUCK..utk my lovely students..
SEMOGA KEJAYAAN SELALU MENGIRINGI MEREKA...