Sunday, December 14, 2008

AKU SI PARI-PARI KERDIL...(2)

Aku, si pari-pari kerdil,
hari ini kesunyian,
bersendirian tanpa teman,
si kumbang entah kemana hilang,
tiada khabar, tiada pesan...

Aku, si pari-pari kerdil,
hanya memandang awan,
mengharap ada utusan cinta,
puisi indah untuk menghibur,
nyanyian bayu, berlagu rindu.

Aku, si pari-pari kerdil,
terperuk menahan sendu,
mengenang kemana hilang pujaan kalbu,
si kumbang jantan yang mencuri hatiku,
si kumbang jantan yang kunjung selalu.

lupakah dia pada diriku,
berteman sudah tak mahu,
enggan bercanda selalu,
tiada lagi pujuk rayu,
ingkar pada janji seputih salju,
duhai kumbang jantan, kemana dirimu..

Aku, si pari-pari kerdil,
akan pasrah pada takdirMu,
andai kumbang jantan pergi berlalu,
andai itu terbaik untukku,
andai tiada bahagia yang bertamu..

Aku, si pari-pari kerdil,
mengutus doa buatmu,
yang terindah kau ketemu,
yang terbaik untukmu,
menemani segenap suku,
hingga ke akhir waktu..

No comments:

Post a Comment