Tuesday, May 5, 2009

Kenapa Doa Tidak dimakbulkan???

Ketika Ibrahim bin Adham [saorang ahli tasawwuf yang terkenal ditengah tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni orang ramai. Diantara mereka ada yang bertanya:

mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kapadanya.

Beliau menjawab itu adalah kerana hati kamu buta disebabkan olih sapuluh perkara.

Pertama:Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikannya.

Kedua :Kamu sangka kamu cinta kapada Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.

Ketiga :Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

Keempat :Kamu telah makan dan menikmati nikmat dan rahmat Allah tetapi kamu tidak menunaikan kesyukurannya.

Kelima :Kamu telah berkata bahawa syaitan musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

Keenam :Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya

Ketujuh :Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari dari padanya

Kelapan :Kamu telah berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

Kesembilan:Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

Kesepuluh.Kamu kebumikan mayat mayat mereka tetapi kamu tidak mengambil iktibar [pelajaran] daripada mereka

Petikan ini diambil daripada Hadith 40 karangan Imam Nawawi

Sekian wassallam Amin... ...

No comments:

Post a Comment