Sunday, October 18, 2009

Menunggu Kucing Bertanduk...

sesiapa pun tak suka menjadi penunggu.
samaada menunggu orang, menunggu khabar berita, menunggu giliran atau apa saja..
apatah lagi menunggu sesuatu yang berkaitan dengan hidup.

kesabaran kadang kala mencapai ke tahap maksimum..sampai ke tahap kemuncaknya..
hati sering berkata..putus asa sajalah..tetapi iman tetap mempertahankan keyakinan yang masih bersisa di dalam jiwa.

kesabaran ini, adakalanya menuntut satu alasan yang kuat untuk terus tabah menanti dan menunggu. tetapi adakalanya hati tak mampu lagi untuk mengutarakan alasan.
hanya iman yang sering kali menahan hati ini untuk berlalu pergi.

maka, hingga ke saat ini, aku masih menjadi penunggu yang setia.
penunggu yang mengharapkan ada cahaya bergemerlapan di penghujung jalan..
penunggu yang dahagakan kesudahan yang indah di akhir cerita ini.
penunggu yang menunggu khabar gembira menanti...
penunggu yang menagih kebahagiaan di persimpangan jalan kelak..

adakala hati ini meronta untuk menutup sahaja pintu hati ini..
adakala hati ini mahu saja melepaskan segala yang bersarang di hati..
adakala hati ini mahu saja menamatkan ceritera cinta ini,.

betapa sukarnya menahan kesabaran bila terpaksa menjadi penunggu,
adakalanya, air mata ini tak mampu lagi mengalir..
adakala air mata ini kering sendiri..

bilakan penantian ini akan berakhir..
bilakah jawatan penunggu setia ini akan mampu ku lepaskan..
bilakah kebahagiaan itu mutlak menjadi milikku..
bilakah sinar gemerlapan itu mampu ku nikmati..
bilakah keindahan cerita ini mampu ku hebahkan kepada seluruh alam...

selagi kesabaran ini masih mampu ku pertahan,
selagi ketabahan ni menjadi benteng kemarahan,
selagi hati ini masih bersisa sayang,
selagi diri ini bersalut keimanan,..
segalanya akan ku genggam..
tetapi sampai bila ku sendiri tiada maklum..

harapnya, impian dan harapan ini terus mampu berdiri,
harapnya, ku terus mampu menadah tangan memohon doa..
harapnya, hati ini akan terus bertawakkal kepadaMU...
ku percaya ada bahagian yang KAU peruntukkan untukku di hujung jalan ini...
InsyaAllah...Amin..

No comments:

Post a Comment