Tuesday, March 23, 2010

Guru Terbaik Dalam Hidup

benarlah kata orang PENGALAMAN adalah GURU TERBAIK dalam hidup. pengalaman mengajar banyak perkara dalam hidup kita. tidak kira pengalaman itu manis atau pahit, masam atau masin

jika manis pengalaman itu, tentunya ia mengajar kita erti kesyukuran. betapa perlunya kita mensyukuri nikmat yang diberikan Allah di atas kemanisan hidup yang diberikan. samada berjaya dalam hidup, mendapat durian runtuh, dapat naik pangkat atau naik gaji, mendapat cahayamata dan sebagainya semuanya wajib disyukuri..dan pengalaman itu mengajar kita menjadi hamba yang taat kepada Tuhannya iaitu Allah yang satu.

jika sebaliknya pengalaman yang kita tempuhi atau alami, tentunya ia mengajar kita erti ketabahan dan kesabaran. itulah pengalaman masam atau pahit. setiap yang terjadi perlu disedari dan diakui bahawa tentu ada hikmah di sebaliknya. jangan sesekali disalahkan takdir yang mendatang. sebaliknya kita diajar supaya redha dengan qada' dan qadar Tuhan. Namun, di sebalik itu, kita juga diajar supaya berusaha mengubah diri kita, menjadi orang yang lebih baik dan berguna. tentu di sebalik kegagalan itu terselit kesilapan atau kelemahan diri kita. jika tidak banyak, tentu ada sedikitnya. namun ada masa langsung kita tidak sedari.

kegagalan bukan mengajar kita supaya menjadi lemah. kesakitan juga bukan mengajar kita, bahawa kita tidak kuat. ia juga tidak mengajar supaya kita terus mengalah. ia memberi kesedaran kepada kita bahawa usaha yang kita lakukan mungkin belum cukup untuk mencapai kejayaan itu. tidak kita dalam bidang apa sekali pun. kerjaya, cinta, cita-cita atau persahabatan.

namun, jangan lalai dengan nikmat kebahagiaan dan kejayaan yang dikecapi. ia bukan mengajar kita untuk berhenti ditakuk itu. sebaliknya, ia memerlukan anjakan paradigma yang lebih besar lagi. supaya kenikmatan yang kita nikmati hari ini,bukan sahaja boleh dikekalkan tetapi juga mungkin boleh ditingkatkan. ia juga bukan mengajar kita untuk mendabik dada, meninggi diri dan menongkat langit. sebaliknya, ia perlu direnungkan betapa sukarnya kita berusaha untuk sampai ke tahap ini. juga perlu direnungkan bahawa betapa ramai lagi insan lain yang berusaha seperti kita, namun kita adalah insan terpilih yang diberikan peluang untuk menikmati kejayaan dan kebahagiaan ini. Alhamdulillah.

ketika ini, tadahlah tanganmu, pandanglah ke langit dan senyumlah kepada Tuhan yang mencikptakanmu dari setitis air, langsung menjadi daging, dan membalut tulang-temulang. hingga ditiupkan nyawa ke dalam jasatmu yang lengkap dengan ciptaan terindah. bersyukurlah di atas kelahiranmu kedunia, atas ihsan dan kasih sayangNYA, Allah yang satu. panjatkanlah kesyukuranmu di atas pengalaman sebuah kehidupan yang diberikan oleh Tuhanmu itu. tiada pengalaman yang lebih indah dan manis, selain dari pengalaman menikmati kasih sayangNYA.

sedarlah bahawa setiap pengalaman yang pahit itu datang, bukan untuk melemahkan dirimu tetapi sebaliknya adalah untuk menjadikan dirimu lebih kuat dan tabah. sedarlah juga bahawa dirimu itu masih disayangi dan diberikan perhatian. kamu terpilih dari berjuta manusia untuk diberikan teguran itu supaya kamu tidak lali, atau tidak lena dengan kenikmatan yang diberikan. lalu kamu telah diberikan cubaan atau ujian terlebih dahulu. kenapa ia terjadi begitu??? supaya kelak, kala kamu menikmati kebahagiaan, kamu tidak akan lupa akan mereka yang berada di belakangmu, tidak lupa kepada mereka yang berada di bawahmu, dan yang paling penting tidak lupa akan DIA yang berada di atasmu itu.

bersyukurlah dengan setiap pengalaman hidup yang mendatang. jangan ditangisi andai ia bukan pengalaman yang seperti dijangkakan. jangan dirusuhi jika ia tidak semanis yang kamu inginkan. sebaliknya juga, jangan leka pula dengan kenikmatan yang dikecapi hari ini. teruslah bersyukur, teruslah berusaha supaya kamu mampu menjadi insan terpilih yang diberikan kenikmatan itu.

Alhamdulillah.. :)

No comments:

Post a Comment