Monday, March 15, 2010

TERUS SENDIRI..


Ya Allah,
bila semua ini akan berakhir...
Bila kerinduan ini akan surut
Bila mampu ku berhenti menyebut namanya
Bila akan pudar semua memori dari ingatan
Bila segenap rasa ini akan beransur hilang
Bila luka di jiwa akan kering
Bila rawan di hati akan kembali afiat
Bila gelora rasa akan kembali reda

Semuanya takkan jadi seperti dulu lagi,
Semuanya takkan sama sebelum dia hadir,
Semuanya takkan kembali ke asalnya
semuanya memberi parut yang dalam,
Semuanya takkan berulang lagi...

Berkali ku berjanji pada diri,
Berhentilah menangisi pemergiannya
Berhentilah bersedih atas keterlanjuran dia
Berhentilah berharap agar dia kembali lagi
Berhentilah mengenangnya lagi,
berhentilah mengait rindu lagi
Berhentilah menganyam angan untuk bersama lagi

Berkali ku pujuk hati
Tabahlah hadapi semua ini
Tegarlah berdiri walau dia tiada di sisi
Kuatlah menepis bisikan rindu ini
Taguhlah menangkis angan yang kembali
Sabarlah menunggu hari dinanti
Bila semua ini akan berlalu jua

Berkali ku yakinkah diri
Dia bukan untukku lagi
Dia tak mampu ku miliki
Dia telah pergi dari sisi
Dia telah mungkir pada janji
Dia telah dimilik insan lain
Dia telah bahagia dengan hidupnya
Dia telah lupa akan diri ini

Aku yakin, aku mampu berdiri
Tapi biarlah masa terus meniti
Biarlah semua ini beransur pergi
Biarlah hati akan terpujuk sendiri
Biarlah aku terus sendiri
Biarlah aku terus di sini
Kerana dia tetap akan pergi
Kerana dia tetap takkan kembali
Kerana dia takkan ku miliki
kerana dia telah menjadi memori

No comments:

Post a Comment