Thursday, December 10, 2009
Bila Harus Memilih..
Bila sampai masanya,
Satu pilihan perlu dilakukan,
Di antara dua persimpangan,
Baik atau buruk impak atas pilihan itu,
Perlu sedia dan tabah menghadapinya,
Kerana pilihan itu tetap perlu dilakukan.
Bila sampai masanya,
Dia tetap perlu dilepaskan,
Dia tetap akan pergi juga,
Kerana telah tercatat,
Kerana telah tersurat,
Bahawa dia bukan untukku,
Bahawa dia tercipta bukan buatku.
Bila sampai masanya,
Kerinduan ini akan berlalu juga,
Kesakitan ini akan surut jua,
Kepedihan ini akan manis akhirnya,
Kekecewaan ini akan bertukar bahagia,
Kedukaan ini akan meninggalkan aku jua.
Bila sampai masanya,
Hati ini akan merelakan,
Hati ini terpujuk jua,
Hati ini akan berhenti menangis,
Hati ini akan berhenti mengharap lagi,
Hati ini akan redha dengan ketentuan,
Hati ini akan ikhlas dengan janjiNya.
Inilah masanya,
Hati perlu membuat pilihan,
meneruskan perjalanan di antara dua persimpangan.
Inilah masanya,
Hati ini melepaskan semuanya,
membiar dia terus melakar kehidupan.
Inilah masanya,
Hati ini bersedia dengan kemungkinan,
Menerima semua dengan kesyukuran.
Inilah masanya,
Hati merelakan semunya keakhir garisan,
agar ada janji lain yang akan bermula.
Inilah masanya,
Hati ini mendoakan kebahagiaannya,
semoga indah laluan hidupnya.
Inilah masanya,
hati ini dibuka untuk cinta yang lain,
membina istana kasih yang baru.
semoga bertemulah aku dengannya,
insan terpilih, kurniaan Allah,
semoga bersatu dua hati,
di atas satu cinta Kurniaan Illahi.
amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment