Akhirnya, terjawab sudah apa yg menjadi tanda tanya selama ini. walaupun hati masih ada sedikit berat untuk menerima, tapi akan diusahakan supaya terus ikhlas dengan ketentuan Allah. pasti ada baiknya yang mungkin hari ini belum aku nampak. harap, bila sampai masa dan ketika itu, aku takkan pernah menyesal dan menyalahkan ketentuan ini. Janji..
sebelum tidur, seperti biasa selepas membaca apa2 yang patut, aku akan berdoa. kelaziman yang kau lakukan sejak akhir-akhir ini. bukan dulu tak berdoa. tapi makin kerap lak sekarang. itulah kelemahan aku yang paling sukar untuk diperbaiki. meminta dan berdoa bila betul-betul dalam keadaan terdesak atau pada saat amat-amat memerlukan. tetapi, aku alpa dan lalai bila kemahuanku itu dimakbulkan oleh Allah. manusia mudah lupa. manusia itu adalah aku.
aku berdoa kepada Allah, supaya diberikan satu petunjuk yang nyata, adakah "dia" memang bukan untukku. aku bermohon agar diberikan petunjuk yang jelas, adakah "dia" bukanlah lelaki yang ku cari. sebelum ini, bukan aku tidak pernah memohon doa seperti itu, ada, acap kali. tetapi, manusia degil seperti adanya aku, memang payah, memang menyusahkan. aku memohon sesuatu yang lebih jelas dan nyata. mungkin inilah yang ku tunggu dari dulu.
harapnya itu benar-benar satu petunjuk dari Allah. sesuatu yang akan membuat hatiku akur dan tunduk kepada ketentuan Illahi.
aku bermimpi berada disebuah majlis keramaian. tapi, ketika itu, tetamu tak rmai. suasana juga tidak hingar bingar, tenang dan tenteram. aku tau dan sedar akan kehadiran "dia" di situ. tapi, yang hairannya, puas ku cari "dia" tapi tak ketemu. aku terdengar namanya diseru, dipanggil, dan aku juga dengar akan suaranya, terngiang-ngiang akan gelak tawanya. dan aku terbau wangian yang biasa "dia" gunakan, tapi yang anehnya, aku langsung tidak dapat melihat wajahnya. aku langsung tidak nampak kelibatnya, rupa parasnya, bentuk tubuhnya. sepertinya dia lutsinar. sepertinya dia tidak pun berada di situ. aku merapati satu persatu jemputan di majlis itu, namun tidak juga ku ketemu. akhirnya aku sendiri yang mengalah dan berputus asa.
kesimpulannya?????
aku sahaja yang masih mengingatinya, mengharapkan "dia". masih terdengar-dengar suara, gelak tawa, terbayang senyum manis. jelas dan nyata raut wajah dan susuk tubuhnya. tetapi, "dia" telah lama meninggalkan aku. "dia" telah lama pergi dariku. dia telah lama melupakan aku, mungkin. "dia" pastinya sedang berbahagia bersama keluarga. "dia" pastinya tak mengharapkan ku lagi. "dia" tentunya takkan berpaling lagi kepadaku. "dia" tetap akan di sana.
"dia" memang sentiasa ada di dalam hidupku kerana "dia" adalah sebahagian dari pengalaman hidup. takkan mampu dinafikan. "dia" akan sentiasa dalam ingatan, kerana "dia" pernah memberikan kenangan kepada hidupku. takkan mampu dipadam. "dia" akan sentiasa ada dalam duniaku kerana, dia pernah memiliki sesuatu yang berharga milikku, iaitu "hati". walaupun "dia" telah memulangkan semula miliku itu, tapi ia takkan pernah sama lagi seperti dulu.
berhentilah mengharap wahai hati. berhentilah mengingatinya. berhentilah berfikir tentanya lagi. berhentilah menganyam angan-angan dan impian. berhentilah dari terus menyiksa hati sendiri. berhentilah menyakitkan perasaan sendiri.
iya, hari ini aku telah cuba menghentikan semuanya. aku telah cuba melakukan yang terbaik untuk diriku. aku telah cuba untuk meneruskan hidup dengan menerima hakikat "dia" hanya tinggal kenangan.
walaupun, belum sepenuhnya mampu berhenti dari mengingati dan berfikir tentang dia, setidak-tidaknya aku sudah "sedar" dan "terjaga"dari lena yang aku sendiri ciptakan. yang aku sendiri enggan hentikan selama ini. kerana aku "suka" dan "rela" berada dialam impian itu. hari ini, aku telah membangunkan diriku sendiri. hari ini aku telah dengan relanya menamatkan lenaku yang panjang itu.
harapnya, aku takkan kembali "lena", harapnya aku takkan kembali "alpa". harapnya, aku akan terus jaga untuk terus mencari cintaku. harapnya aku akan terus bersedia untuk terus mencari yang "berhak" memiliki aku. InsyaAllah.
aku akan tidur dalam senyuman yang amat manis malam ini. Hope...InsyaAllah
Wednesday, December 30, 2009
TENTANG DIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment